John Brennan |
Seorang bekas agen FBI hari Sabtu lalu memberitahu ada indikasi bahawa calon pengarah CIA pilihan Presiden Barack Obama, John Brennan telah masuk Islam antara 1996 dan 1999 ketika dia menjadi ketua pejabat CIA di Riyadh.
Agen CIA John Guandolo, yang bersara dari FBI pada 2008, memberitahu kepada Radio Trento AS bahawa Brennan masuk Islam di Arab Saudi dan menziarah Mekah dan Madinah selama musim haji bersama dengan para pegawai Saudi, yang hal tersebut menjadi penunjuk Brennan telah menjadi mualaf.
Dalam sebuah wawancara video Skype dalam acara radio tersebut, Guandolo mengatakan Brennan telah mengunjungi Mekah dan Madinah, yang orang kafir tidak dibenarkan memasukinya terutama semasa musim haji.
Guandolo menyimpulkan bahawa "video menegaskan Brennan telah masuk Islam."
Brennan adalah veteran CIA, di antara kedudukan sebelumnya dia pernah menjawat sebagai wakil penasihat keselamatan nasional bagi keselamatan dalam negeri dan kontraterorisme.
Lelaki berusia 57 tahun itu dicalonkan oleh Presiden Obama pada 7 Januari lalu untuk memimpin CIA. Dia akan menggantikan Jenderal David Petraeus, yang mengundurkan diri berpunca skandal hubungan sulit dengan penulis biografinya.
Bekas agen FBI Guandolo, digambarkan sebagai seorang aktivis anti Islam oleh MSNBC dalam wawancara radio bahawa Brennan tidak sesuai untuk kepala CIA.
"Fakta-fakta (yang) ... disahkan oleh pegawai kerajaan AS yang juga berada di Arab Saudi pada ketika itu menegaskan bahawa John Brennan memang bertugas di sana ... mereka adalah saksi langsung hubungan Brennan dengan individu yang bekerja dengan pemerintah Saudi dan mereka menyaksikan dia masuk Islam , "ujar Guandolo.
Guandolo juga ingat dalam wawancara pidato yang disampaikan oleh Brennan pada tahun 2010 di depan mahasiswa Universiti New York, Brenna mengakui bahawa dia mengunjungi Mekah dan Madinah selama musim haji.
Berbicara selama beberapa minit dalam bahasa Arab yang baik, Brennan berbicara tentang Islam dalam ucapan dan kunjungannya ke negara-negara Arab dan Muslim serta residensi dirinya di Timur Tengah selama enam tahun.
Comments