Monday, October 21, 2013

Barakah Kambing

Tidaklah Allah Ta'ala syari'atkan sesuatu kecuali ada kebaikan besar di dalamnya. Tidak pula Nabi Shallallahu ' alaihi wa sallam perintahkan kecuali kebaikan. Tidak pula kambing disyari'atkan sebagai sembelihan qurban dan aqiqah kecuali pasti ada kebaikan besar di dalamnya. 

Andai kata kambing termasuk makanan yang merosakkan kesihatan, membahayakan keselamatan fizikal atau mengancam akal manusia nescaya tidak akan disyariatkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala kepada kita. Jika sesuatu disyari'atkan pasti ada kebaikan besar di dalamnya. Demikian pula kambing.

Khusus berkenaan dengan kambing, mari kita ingat sabda Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam:

اتخذوا الغنم فإن فيها بركة

" Peliharalah oleh kalian kambing kerana di dalamnya terdapat barakah. " ( HR. Ahmad).

Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah  yg ditinggalkan orang soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).

Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.

Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak)

*Diterjemah dan diambil dari pelbagai sumber


1 Responses to “Barakah Kambing”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam