Saturday, June 20, 2015

PENERBANGAN PERTAMA DI DUNIA TELAH BERLAKU 380 TAHUN YANG LALU DI ISTANBUL, TURKI


Salah satu antara tuduhan-tuduhan yang dibuat mengenai Empayar Uthmaniyyah adalah bahawa tahap intelektualnya sangat statik. Sejarah Orientalis mendakwa bahawa Uthmaniyyah melihat sains dan agama sebagai saling eksklusif dan tidak serasi, tidak seperti dinasti awal Islam. Walaupun dakwaan ini mungkin benar untuk beberapa tempoh masa dalam sejarah Uthmaniyyah, terdapat banyak contoh Uthmaniyyah sangat saintifik dan maju dari segi intelektual. Satu contoh yang ketara adalah cubaan penerbangan pertama didunia yang dibuat oleh sepasang saudara pada 1600-an di Istanbul.

Hezarafen Ahmed Çelebi dan sejarah penerbangan pertama di dunia

Idea manusia mempunyai keupayaan untuk terbang adalah salah satu yang mempesonakan. Beribu-ribu tahun, ramai mjanusia dari seluruh pelusuk dunia telah cuba untuk menentang graviti dan terbang seperti burung. Pada tahun 800 M, Abbas ibn Firnas, pencipta Islam Sepanyol, berjaya merekodkan penerbangan 'Glider' yang tidak menggunakan kuasa di Cordoba, dengan membina sepasang sayap yang diliputi bulu burung. Walaupun 'Glider' ciptaan beliau berjaya diterbangkan, namun akibat dari ketidakupayaannya memperlahankan 'Glider' itu sewaktu pendaratan telah mengakibatkan kemalangan. Disebabkan keadaan ini, cendiakawan-cendiakawan lain tidak lagi berminat untuk cuba memajukan apa yang telah Abbas Ibn Firras cipta.

Pada 1630, iaitu ketika era kegemilangan empayar Uthmaniah, seorang ahli matematik, Hezarafen Ahmed Celebi dari di Istanbul telah berjaya mengatasi kegagalan Abbas ibn Firnas. 

Beliau membina sepasang sayap yang melekat ditubuhnya. Menurut sejarah Uthmaniyyah dan pengembara, Evliya Celebi, Hezarafen melompat dari atas Menara Galata di Istanbul dengan sayap dan berjaya meluncur merentasi selat Bosphorus ke Dataran Doğancılar. Jarak penerbangannya meluncur lebih 2 batu. Kejayaan ini dibantu faktor ketinggian menara dan kedudukan menara itu yang terletak di atas bukit. Ini adalah penerbangan pertama merentasi benua.

Sejak Selat Bosphorus di Istanbul memisahkan benua Eropah dan Asia, penerbangan Hezarafen Ahmed Celebi ini boleh dianggap sebagai penerbangan pertama manusia antara benua dalam sejarah. Hasil dari pencapaian beliau ini, beliau telah dianugerahkan Sultan Murad IV dengan syiling emas, tetapi kemudiannya beliau telah dibuang negeri, selepas beberapa penasihat sultan meyakinkannya bahawa Hezarafen merupakan ancaman kepada Sultan.

Penerbangan Roket Pertama

Mungkin diilhamkan dari pencapaian Hezarafen Ahmed Celebi, saudaranya, Laragi Hassan Celebi cuba juga menentang graviti dan terbang ke langit. Pada 1633 beliau mencipta roket yang boleh memuatkan penumpang. Roket tersebut berkuasa lebih 300 paun serbuk letupan. Menurut Evliya Celebi, untuk meraikan kelahiran anak perempuan Sultan Murad, Laragi Celebi menguji roketnya itu di pantai Bosphorus, berhampiran kediaman sultan, Istana Topkapi.

Selepas pembantunya menyalakan fius roketnya itu, Lagari telah meluncur 300 meter ke udara. Apabila roket kehabisan bahan api, dia membuka sepasang sayap yang diciptanya, dan perlahan-lahan mendarat ke laut Bosporus, dan kemudian berenang ke pantai. 

Seperti juga saudaranya, beliau telah dianugerahkan sultan dengan beberapa kantung emas. Laragi Hassan Celebi meninggal dunia tidak lama selepas itu dalam satu pertempuran di Crimea.

0 Responses to “PENERBANGAN PERTAMA DI DUNIA TELAH BERLAKU 380 TAHUN YANG LALU DI ISTANBUL, TURKI”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam