Monday, June 13, 2016

Waktu Siang Hari Hanya 3.5 Jam!

wekan

TINGGAL di sebuah wilayah yang mempunyai waktu siang lebih singkat mungkin menjadi dambaan orang yang tengah berpuasa. Namun, hal ini bukan sesuatu yang mustahil, sebab ada sebuah kampung terpencil di Oman yang mengalami hal ini.

Wekan terletak hampir 2,000 meter di atas permukaan laut dan menjadi salah satu wilayah yang mempunyai siang hari terpendek di dunia, walaupun tidak lebih daripada 3.5 jam!

Akhabar Oman dan negara-negara Teluk lain melaporkan bahawa matahari terbit di desa Wekan sekira pukul 11.00 dan terbenam sekira pukul 14:30.

Malangnya akses menuju ke Wekan cukup sukar, hanya boleh diakses oleh keldai, kuda dan kereta kecil. Desa Wekan terletak di wilayah Utara Al-Batinah, kira-kira 150 km dari ibukota Muscat.

Harian Saudi melaporkan meskipun Wekan menjadi wilayah dengan waktu berpuasa terpendek di dunia, namun belum jelas sama ada masyarakat desa Wekan mengikuti waktu berpuasa seperti di wilayah Oman lain atau tidak.

0 Responses to “Waktu Siang Hari Hanya 3.5 Jam!”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam