Wednesday, January 15, 2014

Awan Mengikuti Orang Yang Bertaubat

Diriwayatkan bahawa seorang penjual daging terpesona dengan seorang jirannya. Suatu ketika, gadis itu ditugaskan untuk menyelesaikan urusan keluarganya di mukim yang lain. Si penjual daging mengekorinya dari belakang sehingga berjaya menemui gadis tersebut. Si tukang penjual daging memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati peluang yang jarang berlaku dan indah itu (maksiat). Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Walaupun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si penjual daging merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, " Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang dan bertaubat. Semasa dalam perjalanan dia mengalami kehausan dan nyaris mati. Dia kemudiannya bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sehingga mereka sampai di sebuah kampung. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di kampung tersebut. Awan itu menjadi condong dan terus menaungi si penjual daging itu sehingga dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kejadian tersebut. Lalu dia mengikuti si penjual daging tadi dan terus bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka lelakii soleh itu berkata, " Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tidak seorang pun berada di situ."

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber harmoni-my.org

1 Responses to “Awan Mengikuti Orang Yang Bertaubat”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam