Monday, March 3, 2014

Subhanallah, Janin Bersujud

Pelbagai usaha untuk menjadikan anak yang bakal dilahirkan seorang insan yang cerdas sejak dalam kandungan lagi. justeru itu pelbagai cara yang akan dilakukan oleh seorang ibu yang sedang mengandung buah hati kesayangannya. Menurut kajian Barat, salah satu cara untuk  meningkatkan kecerdasan anak sejak dalam kandungan adalah dengan memperdengarkan muzik classic seperti muzik Mozart kepada janin yang sedang berada di dalam perut ibu.
Lalu bagaimanakan pandangan islam dalam menyikap hal tersebut?

Dalam agama islam, bayi adalah makhluk ciptaan Allah yang masih suci. Mengenai hal ini, tentunya bacaan Al-Quran adalah sebaik-baik bunyi yang harus diperdengarkan oleh janin. Sehingga, Habib Munzir pun menyarankan isteri yang sedang hamil lebih baik banyak membaca Al-Quran untuk membawa kemuliaan di dalam rahim. Utamakanlah membaca surah Muhammad, dengan harapan agar mendapatkan rahmat Allah sebagaimana lahirnya Nabi Muhammad saw ke muka bumi ini dengan membawa segala rahmat-Nya.

Saranan habib Munzir tersebut disokong oleh hasil eksperimen beberapa doktor. Ketika seorang ibu hamil sedang melakukan ultrasound, maka dibacakanlah surah Al-fatihah dan Al-Baqarah. Apa yang terjadi? Subhanallah, janin tersebut terdiam dan mengambil posisi seperti sedang bersujud seolah-olah dia kenal dengan ayat-ayat yang sedang dibacakan.

Di samping itu, Dr. Nurhayati dari Malaysia mengemukakan hasil kajian mengenai pengaruh bacaan Al-Quran terhadap peningkatan IQ bayi yang baru lahir. Dalam seminar kaunseling dan psikoterapi islam sekitar lapan tahun yang lalu, bayi yang baru berusia 48 jam saja akan terus memperlihatkan reaksi wajah ceria dan sikap yang lebih tenang.

Untuk itu, kepada ibu-ibu yang sedang mengandung buah hatinya perbanyaklah membaca Al-Quran. Kerana, jika Al-Quran diperdengarkan secara tepat dan benar (tajwid dan makhrajnya) maka Al-Quran mampu merangsang saraf-saraf otak pada si kecil. Wallahu'alam

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

1 Responses to “Subhanallah, Janin Bersujud”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam