Era Khalifah Utsmaniyah : Hanya ada 2 Kategori, Bangsa Muslim dan Bangsa Kafir

Orang-orang Barat (kafir) menyiasat dengan penuh saksama tentang apa yang menjadi rahsia kejayaan Islam dan kewujudannya di permukaan bumi ini. Mereka membuat kesimpulan bahawa ada beberapa perkara yang boleh menyatukan kaum muslimin di seluruh dunia iaitu khilafah, Kaabah, masjid Nabawi dan Jihad fisabilillah. Dan diantara perkara-perkara itu Jihadlah yang merupakan sendi kehidupan Islam, rahsia kekuatannya, tunjang izzah (kemuliaan) nya dan sumber bagi keluhurannya. Jika demikian halnya, (musuh Islam berkata) maka langkah pertama rosaklah semangat jihad yang penuh dengan keluhurannya. Selanjutnya mereka (musuh Islam) mengatakan kita perlu memfokuskan pada hal yang pertama adalah "meruntuhkan khilafah", kerana keberadaannya bagi kaum mukminin ibarat menara api yang memberikan penerangan di malam gelap gelita.

Selama tiga abad berturut-turut, orang-orang Barat kafir memusatkan perhatiannya kepada Khilafah Islam Ustmaniyah pada dua puluh lima tahun pertama abad 20 dan menyingkirkan Sultan Abdul Hamid yang telah berkuasa pertiga abad lamanya.

SULTAN ABDUL HAMID
Seorang yang cerdik dan pandai. Beliau lulusan dari fakulti Syariah dengan menduduki ranking ke dua dari semua mahasiswa. Rangking pertama diduduki oleh Munif Hasyim, Mufti Palestin.

Sultan Hamid dinobatkan sebagai khalifah selepas kematian dua orang khalifah sebelumnya iaitu ayahanda dan bapa saudaranya sendiri. Keduanya dibunuh oleh Perdana Menteri Mid Hat Basya, seorang tokoh gerakan Masonisme dan mengawal aktiviti club-club Masinisme di Turki. Dia mendapatkan sokongan negara-negara Barat dan Timur dalam menjalankan program sekularisasi di negara Turki, mereka menyebutnya sebagai "Bapa Pembebasan"

Setelah berjaya menyingkirkan kedua khalifah, Mid Hat Basya datang menemui Sultan Abdul Hamid yang telah menamatkan pengajian di Fakulti Syariah. Mid Hat mengatakan padanya "Kami bersedia menyerahkan jawatan khalifah kepada Tuan asalkan Tuan menerima satu syarat yang kami ajukan, iaitu Tuan perlu memberi maklumat tentang" Undang-undang".

Sultan Abdul Hamid adalah seorang muslim seperti digambarkan Allah dalam firman Allah ta'ala:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanannya (QS Yunus: 9)

Allah memberinya petunjuk kerana keimanannya. Beliau menerima syarat Mid-Hat Basya untuk memberi maklumat tentang undang-undang. Apa sebenarnya undang-undang yang diajukan tersebut? ia merupakan peraturan dan undang-undang yang disadur dari undang-undang negara Eropah yang menyamakan hak antara orang-orang Nasrani, Yahudi dan Muslim.

Sultan Abdul Hamid mengetahui bahawa Mid-Hat Basya adalah dalang yang menumbangkan dua khalifah sebelumnya. Maka pada mulanya tawaran itu beliau setujui. Kata sultan Abdul Hamid pada midh Hat Basya, "Ya, saya bersedia memberi maklumat tentang berlakunya undang-undang yang kamu inginkan," Lalu Mid Hat Basya menyerahkan kekuasaan Daulah Utsmaniyah setelah mendengar kesediaan sultan memberi maklumat tentang kesediaannya. Subhanallah, langkah pertama yang diambil Sultan adalah menangkap Mid Hat Basya dan menghumban ke dalam penjara dan kemudian melakukan hukuman gantung. Setidak-tidaknya hukuman ini menjadi qisas baginya, kerana dialah yang telah membunuh ayahanda dan bapa saudara Sultan Abdul Hamid. Peristiwa ini merupakan tamparan bagi negara-negara Eropah yang menyokong pembaharuan Mid Hit Basya.

Sebelumnya dalam undang-undang yang dikeluarkan Khilafah, orang Yahudi mahupun Nasrani tidak diterima kesaksiannya terhadap seorang muslim dalam mahkamah. Mereka juga tidak mempunyai hak untuk masuk kedalam pasukan ketenteraan. Dalam arkib "Daulah utsmaniya didapati data kematian seorang Nasrani yang ditulis" telah mati seorang kafir "sebagai ganti dari kalimat" telah mati seorang Nasrani. "

Daulah Utsmaniyah hanya mengenal dua indentiti kebangsaan, iaitu kebangsaan Muslim dan satunya lagi kebangsaan kafir. Mereka tidak mengenali kebangsaan Inggeris, Perancis atas pun Mesir dan Arab, mahupun Turki. contohnya orang Palestin yang muslim pasport perjalanan mereka bahagian luarnya tertulis "Daulah Al Dewan Al Islamiyah" sedangkan bahagian dalamnya tertulis kebangsaan Muslim. Sedangkan bagi orang-orang Armenis, Rusia, Austria, Serbia, Bulgaria, Romania yang tunduk pada kekuasaan Daulah Ustmaniyah, passport mereka tertulis "kebangsaan Kafir" demikian ini membuat mereka geram dan marah.

Mereka kembali bertambah geram kerana Sultan Muhammad Al Fatih berjaya menakluki ibu kota negara Heraclius. Kemudian setelah penaklukan itu, beliau memperluaskan wilayah kekuasaannya ke benua Eropah. Grecee dia taklukan, lalu serbia, Bulgaria, Yugolavia, Albania dan seterusnya. Bahkan wilayah Rusia hanya tinggal Moscow saja yang belum dikuasai oleh Muslim saat itu. 

Sejak itu Moscow membayar jizyah kepada kekhalifahan. Sebahagian ulama memberikan fatwa bahawa orang kafir yang menyerahkan jizyah kepada kaum muslimin harus menjauhkan dirinya pada saat menyerahkannya. Tentu saja yang demikian ini membuat mereka marah kerana dalam keadaan terhina. Maka dari itu mereka merancang strategi meruntuhkan khilafah. Kerana jika ini berlaku umat Islam akan tercerai berai dan ini peluang untuk menerkamnya 'di setiap tempat tanpa menemui halangan. Untuk itulah Sultan Abdul Hamid menjadi keutamaan untuk disingkirkan kerana dia seorang muslim yang teguh memegang prinsip.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari seumber eramuslim.com

Comments