Monday, January 11, 2016

Anak Dr. Zakir Naik

DR. Zakir Abdul Karim Naik, ulama dan tokoh perbandingan agama paling masyhur dunia saat ini.

Orator kelahiran Mumbai India 18 Oktober 1965 ini adalah da'i yang mumpuni dalam urusan berdebat soal kristologi, perbandingan agama, hafal Al-Quran dan kitab-kitab agama lain. Dia dianggap sebagai pengganti dari almarhum Syaikh Ahmad Deedat yang merupakan da'i kondang dalam urusan berdebat dengan agama Kristian.

Rakaman video dan DVD ceramahnya banyak diedarkan. Perkataannya disiarkan pada akhir pekan di saluran Peace TV, sebuah stesen televisyen milik beliau.

Ceramah dan Debat dengan agama lain banyak beredar di Youtube. Dan kita lihat dari ceramah-ceramahnya di YouTube, banyak orang-orang non-Muslim tersebut termasuk pendeta, pandid, dsb yang tadinya melakukan debat agama dengan beliau namun akhirnya masuk Islam (menjadi muallaf) di acara beliau. Mereka memberikan kesaksian bahawa Islam adalah agama kebenaran.

Nah, anak Zakir Naik ternyata benar-benar "LIKE FAHER LIKE SON".

Buah jatuh tak jauh dari pohonnya.

Berikut profil singkat anak DR Zakir Naik, seperti dikutip dari laman web Peace TV.

Namanya: Fariq Naik. Umurnya 21 tahun (kelahiran 10 Julai 1994). Dia telah menyelesaikan pelajarannya di Islamic International School & Junior College, Mumbai, India.

Sudah hafidzh Qur'an sejak berumur 13 tahun!

Sejak umur 8 tahun, Fariq Naik sudah terbiasa dengan perjalanan dakwah ayahnya.

Fariq mula memberikan ceramah ringkas dalam bahasa Inggeris dan Arab di depan ribuan orang di Chennai, Pune, Dubai, Itali, Trinidad dan bandar-bandar lain di dunia.

Pada tahun 2003 di usia 9 tahun, Fariq Naik menangani audiens yang jumlahnya lebih dari 50,000 orang di Srinagar dan audiens yang lebih besar di Hyderabad pada tahun 2006 pada usia 12 tahun.

Selepas pembentangan ringkas di Peace TV, ia telah diundang untuk memberi ceramah mengenai Islam di berbagai belahan dunia termasuk Arab Saudi, UAE, Bahrain, Itali, Sri Lanka dan Maldives.

Seperti kebanyakan pemuda pada umumnya, Fariq Naik juga menyukai sukan seperti bola sepak, karate, berenang dan judo. Fariq Naik mempunyai tali pinggang hitam Taekwondo dan Karate.

Fariq Naik adalah pembicara termuda pada usia 15 tahun, di antara lebih daripada 30 penceramah Islam yang berasal dari 15 negara yang berbeza di salah satu persidangan dakwah Islam antarabangsa yang terbesar di dunia "Peace-The Solution for Humanity" yang diadakan pada bulan November 2009 di Mumbai, India.

Saat ini, Fariq sedang melakukan Pengajian Islam di Al-Imam Muhammad Ibn Saud Islamic University di Riyadh, Arab Saudi.

Generasi penerus memang harusnya seperti ini. Masya Allah!

sumber https://peribadirasulullah.wordpress.com/

0 Responses to “Anak Dr. Zakir Naik”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam