Al Quran Syiah


Kita balik kepada Al-Quran tadi. Syiah sebut dalam kitab dia berkenaan dengan Al-Quran. Dia kata pesanan daripada Imam, Imam Syiah lah, “Buat sementara waktu penyokong-penyokong Syiah hendaklah membaca Quran yang ada pada hari ini”.

Sementara waktu Quran yang ada pada hari ini baca dalam sembahyang dan beramal dalam kehidupan sehari-harian sementara menunggunya keluar Imam Syiah yang dua belas yang nombor dua belas yang hilang dekat lubang tadi tu, dekat Iraq di tempat bernama Sāmarrā.

Jadi, dia kata nanti Imam tu akan keluar dan dia akan membawa bersama-sama dengan dia Al-Quran yang sebenar-benarnya. Ini di dalam kitab akidah Syiah.

Sebab tu kalau kamu cakap dekat Syiah Melayu kan, ‘kamu tak percaya dengan Quran kita ni kan’. Nanti Syiah kata apa, “Itu fitnah Sunni kepada kami. Sama sahaja mana ada beza. Kau pergi dekat Iraq tengok dia punya Quran, sama.”

Dekat rumah ana ada Quran daripada Qom, Iran. Memang tak ada beza, sebiji sama. Tapi bila kita baca dalam kitab akidah dia, dia kata (Al Quran) yang ada pada hari ini untuk sementara waktu sahaja. Sebab Quran yang sebenar akan dibawa keluar oleh Imam Mahdi yang kedua belas itu.

Apa cerita Quran yang sebenarnya ni. Mereka kata, Quran yang sebenar yang ditulis oleh Ali Bin Abi Talib r.a.

Syiah pun cerita lagi, dia kata, apabila Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a mengumpulkan al-Quran. Masa zaman Sahabat Nabi syahid dalam peperangan al-Yamamah, ramai yang menghafal Quran gugur syahid.

Lalu Abu Bakar As-Siddiq bimbang kalau Quran ini tidak dibukukan bimbang Quran akan hilang. Jadi, Saidina Abu Bakar kata kat para Sahabat, sesiapa yang ada menyalin Al-Quran, bawa kita akan kumpul dan kita akan buat satu Quran.

Lalu Saidina Ali bawa Quran dia. Abu Bakar tengok, aik apasal kau punya tebal semacam aja. Orang lain sehelai dua helai, kau tebal, apasal. Abu Bakar pun buka. Buka-buka dalam Surah Al Taubah. Surah Al Taubah surah yang cerita pasal orang munafik.

Bila tengok-tengok dalam Surah Taubah, ada disenaraikan nama-nama orang munafik di kalangan Al Muhajirun Al-Ansar. Antaranya nama Abu Bakar pun ada. Aik..nama aku pun ada. Ini boleh menjatuhkan reputasi aku sebagai seorang Khalifah. Al Quran itu direject. Maka Syiah kata itulah Quran yang sebenarnya.

Syiah cakap, Quran itu ada dalam simpanan Imam Dua Belas. Dalam-dalam simpan pun dah dapat kat aku dah. Kitab ni bertajuk ‘Ash-Shia Wal-Qur’ann’, ‘Syiah Dan al-Quran’ dikarang oleh seorang ulama Pakistan, Ehsan Elahi Zaheerr, dia ni memang specialist bahagian bab-bab Syiah. Seorang ulama Pakistan dan akhirnya meninggal dunia dibom oleh Syiah di Pakistan.

Sebab tu orang pesan kat ana, “Ustaz jaga-jagalah, bila ustaz dah mula lawan Syiah ni, ustaz tak lawan Syiah sorang kat Malaysia, ustaz lawan Syiah dunia sebenarnya.” Sebab Syiah Malaysia ni dia punya rujukan kat Qom, Iran.

Sebab tu, kalau mereka kalau ada apa-apa masalah kan mereka akan rujuk kepada Kedutaan Iran kat sini. Jadi kedutaan tu yang bagi sponsor, lawyer, duit. Tak ada hal punyalah.

Dalam kitab ni kalau kamu baca, Syiah ni punya dahsyat dia ubah ayat Al-Quran ni, semua surah ada ayat ditambah, bukan semua ayatlah, dia pilih-pilih mana ayat yang dia nak ubah dia ubah, ikut suka dia.

Kita ambil sebagai contoh Sural Al-Fatihah, Kita punya ‘Siratul lazi naamam ta alaihim’, mereka punya “siratul to naam ta alaihim.’ Ini disebutkan dalam tafsir Al-Qummi, tafsir paling yang menjadi rujukan utama Syiah.

Kalau Syiah ni dia kata benda ni mengarut, tak betul, memang dia haramkan tafsir ni tapi tafsir inilah menjadi rujukan di Universiti Qom, Iran.

Tengok apa dia tafsir, Kita belajar al ma’adu, golongan yang Allah murkai. Siapa yang Allah murkai? Yahudi. Al ta’dim. Siapa yang Allah sesatkan? Kristian, Nasara.

Syiah kata, “Al ma’adu ialah orang-orang yang menyokong Abu Bakar, Umar dan Uthman.” Bengong sungguh puak-puak ni. Al ta’dim pula mereka yang tak percaya Ali yang sepatutnya menjadi Khalifah.

Syiah kata, “Besok di hari akhirat ketika Allah Taala memberikan keistimewaan nikmat kepada Syiah”. Kalau kita baca dalam kitab yang lain, Syiah kata, kita ni Ahli Sunnah Wa Jamaah kan, semua benda baik yang kita buat, sembahyang, puasa, berzakat, haji, qiamulail, sedekah, semua pahala ini akan diberikan kepada Syiah.

Yang maksiat yang Syiah buat merendak, meraba, apa lagi, pil kuda, merempit, semua dosa-dosa tu Allah akan transfer kepada Sunni.

*sumber https://aidcnews.wordpress.com

Comments