Tuesday, February 2, 2016

Pengasas Syiah


Syiah pula kalau kita tengok mereka ada lebih dua ratus mazhab. Kamu bayang dua ratus mazhab, tak pening kepala. Antara mazhab-mazhab Syiah yang terkenal ialah Syiah Imamiyyah Itsna Asyariah, Syiah Ja’fariyyah, Syiah Alawiyah, Syiah Ismailiyah, Syiah Zaidiyah, Syiah Kaisaniyyah, Syiah Sabariyyah, Syiah Duruzi dan antara Syiah..Syiah Syaitoniah. Syiah syaitan pun ada.. Syaitan pun pening kepala macam mana aku boleh jadi Syiah ni. (ketawa)

Padahal mereka ni minoriti. Syiah di dalam dunia Islam minoriti. Kita majoriti padahal kita ada empat mazhab sahaja. Mereka yang minoriti bersepah mazhabnya.

Kalau kita baca Syiah ni nak muntah. Pasal dia punya mazhab ni beranak..beranak, ikut suka. Kalau tak puas hati keluar. Contoh macam Syiah Bektashi Hamadani dianuti oleh Hassan dan bapaknya kat Syria. Ini punya pecahan Imamiyyah kat Iran. Tak puas hati..tak puas hati, keluar buat Syiah Juz pula. Ikut suka mak bapak dia.

Jadi, mereka ni orang kata sesatlah sebab dia ikut suka dia. Dia nak buat apa ikut suka dia.

Syiah ialah penyokong-penyokong, orang panggil kumpulan ‘Syiahtul Ali’ atau Kumpulan Ali.

Siapakah yang mula-mula buat benda memecah-belahkan umat Islam yang menimbulkan Syiah ni ?

Bila kita baca sejarah, bila rujuk dalam banyak kitab-kitab Sirah (sejarah), ianya muncul di zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan.

Di zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan, muncul seorang lelaki bernama Abdullah bin Saba. Abdullah ini seorang Yahudi daripada Yaman. Dia ni punyai satu fahaman yang dia cipta sendiri.

Bila dia datang ke negara umat Islam, dia cuba menjaja yang dia ni kononnya-kononnya bekas ulama di kalangan Yahudi, senang bahasa nak jawatanlah dalam kerajaan Saidina Uthman.

Jadi, bila Saidina Uthman dan kerajaan-kerajaan Islam tak layan permintaannya, dia pun kumpul pengikutnya dan ajar satu benda.

Dia kata, “Aku pelik kenapa orang Islam ini percaya Nabi Isa akan kembali tetapi mereka tak percaya bahawasanya Muhammad akan kembali semula.”

Maksudnya begini, kita semua tahu Nabi Isa a.s suatu hari nanti akan diturunkan ke bumi. Nabi sebut dalam Hadis, “Akan turun Nabi Isa bin Maryam di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik.” Menara tu pun dah ada di Damsyik.

Nabi Isa akan turun di Syria, dia tak turun di Mekkah, dia tidak turun di Madinah. Dia turun di Syria. Sebab itu Syria menjadi tumpuan seluruh dunia sebab di situlah Nabi Isa akan turun. Yahudi pun nak benda tu, Kristian pun nak benda tu, Syiah pun nak juga benda tu.

Jadi dia kata, “Aku pelik orang percaya bahawasanya Isa akan turun tetapi dia tak percaya bahawasanya Muhamad akan kembali semula.”

Orang tanya, “Muhamad kembali buat apa?”. “Muhamad kembali untuk menyerahkan wasiatnya kepada pemegang wasiat yang sebenar”.

Apa benda wasiat, apa benda pemegang wasiat?

Wasiat ini dia kata jawatan Khalifah. Pemegang wasiat yang sebenar ialah Ali bin Abu Talib. Orang lain sebenarnya tak layak pegang benda ni. Abu Bakar, Umar, Uthman, ketiga-tiga ini perampas jawatan Khalifah. Sepatutnya yang pegang jawatan Khalifah ialah Ali bin Abu Talib.

Dia (Abdullah bin Saba) inilah orang yang mula-mula menanamkan fahaman Syiah.

Saidina Ali pun langsung tak ada kena-mengena dengan mamat ni. Sehinggalah berlaku fitnah Saidina Uthman dibunuh lalu Saidina Ali dalam satu hari dalam satu peristiwa bila Saidina Ali sudah menjadi Khalifah, tengah-tengah Saidina Ali berkhutbah, si Abdullah bin Saba ni ada.

Dia bangkit, dia kata apa, “Ya Ali..anta..anta..anta”. Dia kata, “Wahai Ali, engkaulah..engkaulah..engkaulah”. Ali kata, “Apa benda anta..anta.”Baca khutbah tiba-tiba mamat ni merapu. Dia kata, “Engkaulah Tuhan kami.”

Celaka mamat ni, haa dia kata macam tu. Ali pun arah supaya ditangkap si Abdullah bin Saba ini.

Jadi, kalau kita baca, Syiah ni pengasasnya Yahudi. Kalau kamu tahu yang membunuh Saidina Umar bin Al-Khatab bernama Abu Lu’luah Al Majusi. Abu Lu’luah ni daripada Parsi, Iran.

Dia ni bunuh Umar Al-Khatab dengan sebab kalau kita baca, kita tengok sejarah. Antara sebab dia bunuh Umar Al-Khatab dengan sebab zaman Saidina Umar kerajaan Islam berjaya menjatuhkan kerajaan Parsi di Iran.

Itu dia dendam sangat. Dia pun pergi ke Madinah menyamar sebagai hamba sahaya, jadi hamba kepada seorang Sahabat Nabi.

Kemudian pada suatu pagi ketika Saidina Umar menjadi imam sembahyang subuh, dia keluar dia punya kerambitnya, dia rodoknya perut Saidina Umar, terburai perut Saidina Umar, pagi itu lebih kurang dua belas orang yang ditikam. Dan dia (Abu Lu’luah) ni akhirnya mati, dia mengelar lehernya sendiri. Mati di Madinah. Jadi ditanam di Madinah.

Tapi kalau kita search kat youtube, kat google, kubur Abu Lu’luah, kamu akan tengok kubur tu dekat Iran. Orang Iran buat kubur Abu Lu’luah Al Majusi sebab apa? Mereka berterima kasih sebab jasanya amat besar membunuh Umar Al-Khatab r.a.

Jadi, pengasas kepada fahaman Syiah ini adalah bernama Abu Lu’luah Al Majusi, orang Yahudi.

*sumber https://aidcnews.files.wordpress.com

0 Responses to “Pengasas Syiah”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam