UMMUL MUKMININ MAIMUNAH, WANITA TERAKHIR YANG DINIKAHI RASULULLAH

crowe1118

Allah ﷻ berfirman,

النَّبِيُّ أَوْلَىٰ بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ ۖ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ ۗ

"Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka." (QS: Al-Ahzab | Ayat: 6).

Ayat ini menjelaskan bahawa isteri-isteri Rasulullah ﷺ adalah ibunya orang-orang yang beriman. Rasulullah ﷺ mempunyai 11 orang isteri. Semuanya disebut sebagai ibu orang-orang yang beriman (Ummahatul Mukminin). Di antara isteri beliau ﷺ adalah Ummul Mukminin Maimunah binti al-Harits radhiallahu 'anha.

Allah ﷻ sebut isteri-isteri Nabi ﷺ sebagai ibu orang-orang yang beriman. Tentu ironis, ketika kita -yang mengaku sebagai orang-orang yang beriman- lebih mengenal artis dari ibu kita sendiri. Sesuatu yang wajar kita tahu siapa ibu negara. Tidak tahu dengan ibu sendiri? Hmm ..

Mari sejenak mengenal ibu kita, Ummul Mukminin Maimunah binti al-Haris radhiallahu 'anha.

Nasabnya

Beliau adalah Maimunah binti al-Harits bin Hazn bin Bujair bin al-Hazm bin Ruwaibah bin Abdullah bin Hilal. Ia dilahirkan pada tahun 29 sebelum hijrah dan wafat pada 51 H bertepatan dengan 593-671 M. Ibunya adalah Hindun binti Auf bin Zuhair bin al-Harits bin Hamathah bin Hamir.

Ummul Mukminin Maimunah binti al-Harits mempunyai saudara-saudara perempuan yang luar biasa. Mereka adalah Ummul Fadhl Lubabah Kubra binti al-Harits, istri dari al-Abbas bin Abdul Muttalib. Kemudian Lubabah Sughra Ashma binti al-Harits, istri dari al-Walid bin al-Mughirah, ibunya Khalid bin al-Walid. Saudarinya yang lain adalah Izzah bin al-Harits. Ini saudari-saudarinya se-ayah dan se-ibu. Adapun saudarinya seibu adalah Asma binti Umais, istri dari Ja'far bin Abi Talib (Muhibuddin ath-Thabari dalam as-Samthu ats-Tsamin, hal: 189).

Kedudukannya

Kedudukan beliau yang paling utama adalah istri Rasulullah ﷺ, di dunia dan di syurga kelak. Beliau adalah ibunya orang-orang beriman. Saudari dari Ummul Fadhl, istri paman Rasulullah ﷺ, al-Abbas bin Abdul Muttalib. Bibi dari tokohnya para sahabat, Abdullah bin al-Abbas dan Khalid bin al-Walid, radhiallahu 'anhum ajma'in (adz-Dzahabi dalam Siyar A'almin Nubala, 2/238).

Keutamaan lain, Ummul Mukminin Maimunah meriwayatkan beberapa hadis dari Rasulullah ﷺ. 7di antaranya termaktub dalam Sahih al-Bukhari dan Shahih Muslim. Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari sendiri. 5 hadis oleh Imam Muslim sendiri. Dari kedua imam ini saja ada 13 hadits yang diriwayatkan dari beliau (adz-Dzahabi dalam Siyar A'almin Nubala, 2/245). Hadis yang jadi amal jariah beliau. Ilmu bermanfaat yang dibaca dan diamalkan kandungannya oleh kaum muslimin hingga akhir zaman.

Rasulullah ﷺ pernah memujinya dan saudari-saudarinya dengan sabda beliau ﷺ,

الأَخَوَاتُ مُؤْمِنَاتٌ: مَيْمُونَةُ زَوْجُ النَّبِيِّ، وَأُمُّ الْفَضْلِ بنتُ الْحَارِثِ، وسَلْمَى امْرَأَةُ حَمْزَةَ، وَأَسْمَاءُ بنتُ عُمَيْسٍ هِيَ أُخْتُهُنَّ لأُمِّهِنَّ

"Perempuan-perempuan beriman yang bersaudara adalah Maimunah isteri Nabi, Ummul Fadhl binti al-Harits, Salma isterinya Hamzah (bin Abdul Muthalib), Asma binti Umais. Mereka semua saudara seibu. "(HR. Ath-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir 12012, al-Hakim dalam al-Mustadrak 6801 dan ia mengatakan sahih berdasarkan syarat Muslim. Al-Alabani juga mengulas mengenai sahih dalam as-Silsilah ash -Shahihah 1764).

Dari sini dapat kita ambil pelajaran, untuk mendapatkan jodoh yang baik, perlu kita berkaca dengan kedudukan dan kualiti diri. Maimunah ditahbiskan Rasulullah ﷺ sebagai wanita beriman. Ia juga mempunyai lingkar keluarga yang luar biasa. Terdiri daripada tokoh-tokoh para sahabat dan pemimpin umat Islam. Maaf, kadang sebahagian orang mengidamkan pasangan soleh dan solehah, tetapi mereka tidak berusaha menjadikan diri mereka berkualiti.

Berkahwin dengan Manusia Terbaik

Ummul Mukminin Maimunah adalah janda dari Abi Ruhm bin Abdul Uzza. Saat "proses" dengan Rasulullah ﷺ, Al-Abbas bin Abdul Muthalib menjadi comblang kedua-duanya. Al-Abbas menawarkannya kepada Rasulullah ﷺ di Juhfah. Perkahwinan diadakan pada tahun 7 H (629 M) dan sekaligus menjadi perkahwinan terakhir Rasulullah ﷺ.

Ada yang menyebutkan bahawa Maimunah radhiallahu 'anha lah yang menawarkan diri kepada Nabi. Kerana prosesi lamaran Nabi berlangsung saat Maimunah berada di atas tunggangannya. Maimunah berkata, "Tunggangannya dan apa yang ada di atasnya (dirinya) adalah untuk Allah dan Rasul-Nya. Lalu Allah ﷻ menurunkan ayat,

وَامْرَأَةً مُؤْمِنَةً إِنْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَنْ يَسْتَنْكِحَهَا خَالِصَةً لَكَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ

"Dan perempuan mukmin yang menyerahkan dirinya kepada Nabi kalau Nabi mau mengawininya, sebagai pengkhususan bagimu, bukan untuk semua orang mukmin." (QS: Al-Ahzab | Ayat: 50).

Disebutkan bahawa nama sebelumnya adalah Barrah. Lalu Rasulullah ﷺ menggantikannya menjadi Maimunah.

Hikmah Pernikahan Rasulullah ﷺ dengan Maimunah

Pernikahan ini memberi keberkatan luar biasa bagi Bani Hilal, keluarga Ummul Mukminin Maimunah. Bani Hilal lebih bermotivasi dan berminat memeluk Islam. Nabi Muhammad ﷺ menjadi sebahagian dari keluarga besar mereka. Hal ini menjadi dorongan besar untuk duduk dan mendengar sabdanya. Hingga mereka pun menyambut dan membenarkan risalahnya. Mereka memeluk Islam kerana taat dan pilihan, bukan kerana paksaan (Muhammad fatahi dalam Ummahatul Mukminin, hal: 206).

Rasyid Ridha berkata, "Diriwayatkan bahawa bapa saudara Nabi, al-Abbas, yang menawarkan Maimunah kepada Nabi. Dan dia adalah saudari dari istri al-Abbas, Ummul Fadhl Lubabah Kubra. Atas permintaan Ummul Fadhl, al-Abbas meminangkannya untuk Nabi. Al-Abbas melihat maslahat luar biasa dari perkahwinan ini, jika tidak tentu ia tak akan menaruh perhatian sedemikian besarnya "(Muhammad Rasyid Ridha dalam Nida 'lil Jinsi al-Lathif fi Huquqil Insan fil Islam, hal: 84).

Rumah Tangga Maimunah dan Nabi

Ummul Mukminin Maimunah menyerahkan urusan perkahwinannya kepada saudarinya, Ummul Fadhl. Lalu Ummul Fadhl menyerahkannya kepada al-Abbas. Kalau dalam dunia percomblangan era sekarang, al-Abbas lah yang memegang biodata Maimunah lalu ia tawarkan kepada Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ menyambut tawaran bapa saudaranya. Lalu menikahi Maimunah dengan mahar 400 dirham (Ibnu Kathir dalam as-Sirah an-Nabawiyah, 3/439). Pelajaran dari sini, comblang seseorang juga menjadi faktor kualiti calon yang ia pilihkan. Comblang Maimunah adalah paman Rasulullah ﷺ, tidak tanggung-tanggung, manusia terbaik jadi calon yang ia pilihkan.

Dengan kemasukan Maimunah binti al-Harits radhiallahu 'anha dalam lilitan ahlul bait, menjadi salah seorang isteri Nabi ﷺ, maka ia mempunyai peranan besar dalam meriwayatkan khabar perjalanan hidup Rasulullah ﷺ. Sebagaimana firman Allah ﷻ,

وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلَى فِي بُيُوتِكُنَّ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَالْحِكْمَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ لَطِيفًا خَبِيرًا

"Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui. "(QS: Al-Ahzab | Ayat: 34).

Al-Baghawi berkata, "Maksud dari firman Allah 'Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah' adalah Al-Quran. Sedangkan 'Hikmah' menurut Qatadah adalah as-Sunnah. Dan Muqatil berkata, 'Hukum-hukum dan wasiat-wasiat yang terdapat dalam Al-Quran'. "(Al-Baghawi dalam Ma'alim at-Tanzil, 6/351).

Inilah di antara hikmah besar berbilangnya pernikahan Rasulullah ﷺ. Semakin banyak periwayat (dalam hal ini istri Nabi) yang meriwayatkan ucapan dan perbuatan Nabi ﷺ di dalam rumah tangganya, maka semakin kuat riwayat tersebut. Banyak hadis-hadis yang tidak kita temui dalam muamalah Nabi dengan para sahabat dan masyarakat, tetapi kita dapati dalam muamalah Rasulullah ﷺ bersama para istrinya. Mengenai mandi, wudhu, dan apa yang beliau lakukan di rumah. Tentang sunnah beliau ketika hendak tidur, masa tidur, dan terjaga dari tidur. Mengenai masuk dan keluar rumah. dll. Tidak ada yang boleh menceritakannya dengan terperinci, kecuali Ummahatul Mukminin radhiallahu 'anhunna.

Wafatnya Ibunda Maimunah

Ibunda Maimunah binti al-Harits radhiallahu 'anha meninggal dunia di Sarif, wilayah antara Mekah dan Madinah. Beliau meninggal dunia pada tahun 51 H / 671 M, di usia 81 tahun (Ibnu Saad dalam ath-Thabaqat al-Kubra, 8/140). Semoga Allah ﷻ meredhai beliau dan mengumpulkan kita bersama ibu kita -orang-orang yang beriman- di syurganya kelak.

Shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada Nabi kita Muhamma ﷺ berserta isteri-isteri dan keluarganya.

Oleh Nurfitri Hadi (@ nfhadi07)
Artikel www.KisahMuslim.com

Comments