Friday, February 5, 2016

Rahsia Hafalan Dr Zakir Naik

 
 
Di depan beribu-ribu orang, seorang perempuan bernama Wanda mengajukan soalan kepada Dr Zakir Naik: bagaimana cara Dr Zakir Naik menghafal sehingga hafalannya terhadap Al Quran maupun kitab agama lain- sangat luar biasa.
 
"Apakah ada disebutkan hafalan yang lebih baik?" Tanyanya.
 
Jawapan Dr Zakir Naik
 
Saudari ini bertanya bahawa hafalanku sangat luar biasa dan ini adalah pemberian Allah Subhanahu wa Ta'ala. Apakah ada ayat Al-Quran yang membicarakan tentang hafalan?
 
Selama ini orang-orang bertanya padaku, apakah rahsianya? Apakah engkau mempunyai cip komputer? Apa rahsianya?
 
Rahsianya ada di dalam Al Quran (Dr Zakir Naik sambil mengangkat mushaf).
Dalam latihan program dakwah yang aku ajarkan pada murid-murid saya, saya sebutkan ada tiga hal yang perlu diperhatikan.
 
Yang pertama, disebutkan dalam Quran surat Ali Imran ayat 160 bahawa "Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkanmu. Jika Allah membiarkanmu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari Allah. Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal. "
 
Jadi yang pertama, bertawakal kepada Allah.
Yang kedua, disebutkan dalam Surat Al Ankabut ayat 69. "Jika kamu berjihad untuk (mencari keridhaan) Allah, Allah akan benar-benar menunjukkan kepadamu jalan-Nya."
 
Jadi yang kedua adalah kerja keras.
Dan yang ketiga, Allah berfirman dalam surat Al Anbiya ayat 7 dan surat An Nahl ayat 43. "Maka bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui."
Yang ketiga bersifat teknikal.
 
Teknik yang kami cuba dalam latihan program dakwah kami, orang-orang bertanya padaku, "Zakir, apa tekniknya?" Aku katakan ada tiga teknik terpenting dan yang pertama adalah beriman kepada Allah. Nombor satu adalah beriman kepada Allah. Dan semua teknik ilmu anda yang ada di dunia, kamu tahu berapa banyak muridku yang bergelar MBA dengan teknik menghafal segi tiga dan dalaman. Aku tidak mengetahui teknik-teknik seperti teknik segitiga dan segala bentuknya.
 
Pada awalnya mereka adalah murid yang baik kemudian akhirnya mereka kembali lagi ke bawah.
 
Allah Subhanahu wa Ta'ala penolong terbaik melebihi dari bentuk apapun atau teknik segitiga dan apapun bentuknya.
 
Bagaimana cara mendapat pertolongan Allah? yaitu jika kamu berjuang di jalan-Nya. Kamu berjuang di jalan-Nya nescaya kamu mendapat kejayaan.
Dalam latihan kami, aku mengajar murid menghafal surat dan ayat ini, bagaimana ceramah dan menguruskan tanya jawab. Dan sebelum aku memulakan ceramah, aku selalu membaca doa sebagaimana dalam Surat Thaha ayat 25-28. Yang artinya, "" Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku "
 
*sumber http://bersamadakwah.net

0 Responses to “Rahsia Hafalan Dr Zakir Naik”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam