Thursday, July 14, 2011

Banyak Minum Air Putih Berbahaya bagi Kesihatan



Sering kita disyorkan banyak minum air putih untuk mencegah kerosakan buah pinggang, menurunkan berat badan, dan meningkatkan level konsentrasi.



Namun, sekarang para ahli memperingatkan, minum 8 gelas air putih sehari tidak baik untuk kesihatan dan boleh berbahaya.



Mereka mengatakan tuntutan manfaat dari banyak minum air putih adalah sesuatu yang buruk. Sementara, National Health Service (NHS) bersama doktor terkemuka dan ahli gizi menyarankan masyarakat untuk minum sekitar 1,2 liter (atau dua setengah gelas) air per hari.



Sebuah laporan menjelaskan bahaya dehidrasi sebagai mitos dan mengatakan tidak ada bukti di sebalik tuntutan bahawa air mencegah beberapa masalah kesihatan.




Dr. Margaret McCartney dari Glasgow mengatakan saran laman NHS bahawa orang harus minum 6-8 gelas sehari adalah omong kosong. Dia menambah, manfaat minum air putih sering dibesar-besarkan oleh lembaga yang berkepentingan, seperti tanda air bungkusan.



Menulis di British Medical Journal, Dr. McCartney mengatakan bahawa kajian menunjukkan minum di saat tidak haus boleh mengganggu konsentrasi, bukan meningkatkan, dan bukti-bukti berasingan menunjukkan bahawa bahan kimia yang digunakan untuk Desinfeksi yang ditemui dalam air bungkusan boleh berakibat buruk bagi kesihatan.



Minum berlebihan juga boleh menyebabkan hilangnya waktu tidur kerana orang harus bangun di malam hari untuk pergi ke tandas, dan kajian lain menunjukkan bahkan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, bukan mencegahnya.



Dr. McCartney juga memberi amaran bahawa minum terlalu banyak air boleh menyebabkan keadaan yang jarang, tapi berpotensi fatal yang disebut hiponatremia, iaitu kadar garam tubuh menurun dan boleh menyebabkan pembengkakan otak.



Pada 2003 pelakon Anthony Andrews, yang membintangi adaptasi ITV dari Brideshead Revisited, terkena penyakit itu selepas minum air terlalu banyak selama latihan untuk peranan West End.



Doktor lain yang dikutip dalam artikel tersebut menambah bahawa tidak ada asas untuk mendakwa air membantu orang menurunkan berat badan dengan menekan nafsu makan mereka. Profesor Stanley Goldfarb, seorang ahli metabolisme dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, mengatakan "Saat ini belum ada bukti tentang hal itu."



"Jika anak minum lebih banyak air daripada mendapatkan kalori tambahan dari soda, itu baik. Tapi, tidak ada bukti bahawa minum air sebelum makan mengurangkan nafsu makan saat makan," tuturnya lagi.

3 Responses to “Banyak Minum Air Putih Berbahaya bagi Kesihatan”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :detikislamblog@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam