Monday, July 18, 2011

Iblis Datang dari Muka, Belakang, Kanan, dan Kiri


Di dalam Al-Quran, akan kita dapati sebuah rakaman dialog antara Allah SWT dengan iblis yang dihukum oleh Allah. Dalam dialog tersebut, iblis menyatakan untuk menyesatkan manusia. Hal tersebut terakam dalam surah Al A'raf ayat 16-17 berikut:

"Iblis menjawab: 'Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan men-dapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). '"(QS. Al A'raf: 16-17)


Dari ayat Al Quran di atas dijelaskan bahawa Iblis akan sentiasa menghalang-halangi kita dari jalan yang lurus. Caranya, dia akan mendatangi kita dari muka, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri kita. Lalu apa maksud dari keempat penjuru itu?


Dalam tafsir Ibnu Katsir dijelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat 17 di atas adalah:


"Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka": Iblis akan membuat manusia ragu akan permasalahan akhirat (Min baini aidihim),


"Dan dari belakang mereka": membuat mereka cinta kepada dunia (Wa Min Kholfihim),


"Dari kanan": urusan-urusan agama akan dibuat tidak jelas (Wa 'An Aimaanihim)


"Dan dari kiri mereka": dan manusia akan dibuat tertarik dan senang terhadap kemaksiatan (Wa 'An Syama'ilihim).


Lalu timbul pertanyaan di benak kita, mengapa iblis tidak mendatangi kita dari atas dan dari bawah kita? Hal tersebut dijelaskan dalam sebuah tafsir Al-Quran yang berikut:


Al-Fakhrur-Razy dalam tafsirnya berkata: "Diriwayatkan bahawa ketika Iblis mengatakan ucapannya itu, maka hati para malaikat yang menjadi kasihan terhadap manusia mereka berkata:" Wahai Tuhan kami, bagaimana mungkin manusia bisa melepaskan diri dari gangguan syaitan? "Maka Allah berfirman kepada mereka bahawa bagi manusia masih tersisa dua jalan: atas dan bawah, jika manusia mengangkat kedua-dua tangannnya dalam do'a dengan penuh kerendah-hatian atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh kekhusyukan, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka "(At- tafsir Al-Kabir V/215)


Dalam tafsir yang lain juga dikatakan bahawa Iblis tidak mendatangi kita dari atas, kerana rahmat turun kepada manusia dari atas (Tafsir Ibnu katsir III/394-395).

Oleh kerana itu iman adalah senjata kita. Berdoalah, mari kita berlindung kepada Allah atas segala godaan syaitan yang terkutuk.



0 Responses to “Iblis Datang dari Muka, Belakang, Kanan, dan Kiri”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :detikislamblog@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam