Monday, February 4, 2013

Syaitan takut, menangis dan ketawa


Syaitan, Jin  dan manusia mempunyai perbezaan darjat. Manusia lebih tinggi darjatnya daripada Syaitan dan jin. Kerana itulah sebenarnya Syaitan dan jin sangat takut pada manusia. Namun kerana syaitan dan jin berjaya menakut-nakutkan manusia maka manusia menjadi takut pada syaitan dan jin. Sebagai seorang muslim seharusnya kita tidak boleh takut kepada syaitan dan jin. Jika syaitan dan jin mengganggu manusia sudah sewajarnya manusia untuk melawannya,

"Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman" (QS . Ali Imran 3:175).

Ertinya: "Mujahid berkata:" Syaitan itu sebenarnya sangat takut oleh salah seorang dari kalian (manusia). Oleh kerana itu, apabila kamu dapati, janganlah takut kerana kalau takut, ia akan menunggang kalian (mengganggu), akan tetapi kerasi (kasarilah), pasti ia akan pergi ". (Riwayat Ibn Abi Dunya)

"Mujahid berkata:" Sesungguhnya syaitan dan jin kafir itu takut oleh kalian sebagaimana kalian takut oleh mereka "(Riwayat Ibnu Abi Dunya)

"Imam Mujahid berkata:" Suatu malam ketika saya sedang melaksanakan solat, tiba-tiba muncul makhluk sebesar anak laki-laki di hadapan saya. Lalu saya desak dia untuk ditangkap. Akan tetapi ia bangun dan lompat ke belakang dinding sehingga saya mendengar jatuhnya. Setelah itu, ia tidak penah datang lagi "(Riwayat Ibnu Abi Dunya).

Ketawa dan menangisnya Jin

Dalam sebuah hadis dikatakan bahawa syaitan akan ketawa apabila seseorang menguap dengan mengeluarkan suara seperti; "euuuay" atau "haaaa". Hadis bahawa syaitan tertawa adalah:

"Abu Hurairah berkata, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci nguap. Apabila seseorang bersin lalu mengucapkan al-hamdulillah, maka muslim yang mendengarnya perlu mendoakannya. Adapun menguap datangnya dari syaitan, kerana itu tahanlah sedapatmungkin. Apabila ia menguap terus keluar suara "haaa", maka syaitan akan ketawa "(HR. Bukhari dan lainnya).

Sementara syaitan akan menangis apabila seseorang membaca surat as-Sajdah dan ketika sampai pada ayat sajdahnya yakni ayat yang ke-15, ia melaksanakan Sujud Sajdah. Hal ini sebagaimana dikatakan dalam sebuah hadis.

"Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Apabila anak Adam membaca surat as-Sajdah kemudian dia sujud sajdah (ketika membaca ayat sajdahnya ayat ke-15), maka syaitan akan pergi menangis sambil berkata: "Aduh celaka dan sialnya nasibku" Bani Adam diperintah sujud, maka kemudian dia sujud maka baginya syurga, sedangkan aku ketika diperintah sujud aku menolak maka bagiku neraka (HR. Muslim).

0 Responses to “Syaitan takut, menangis dan ketawa”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :detikislamblog@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam