Keistimewaan Dajjal

Allah memberikan dajjal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajjal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajjal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajjal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajjal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajjal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajjal. Kemudian dajjal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajjal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajjal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

*Sumber dari ustaznaim.blogspot.com dan (Dipetik dari dari Al-Islam keluaran November 2010)

Comments

arifarif said…
sngat bermanfaat sob
Anonymous said…
Sekarang ini keistimewaan dajjal telah terbukti:
1) Syurga Dajal=Neraka Allah, dan Neraka Dajal= Syurga Allah. Jawapan: Hiburan dan maksiat yg dilakukan pd hari ini dianggap syurga, sebenarnya di sisi Allah adalah dosa dan balasannya neraka.
2) Dajal menurunkan hujan di tpt manusia kebuluran. Jawapan: Hari ini umat Islam sebenarnya kebuluran sekiranya mencari makanan halal shj..sebabnya ramai org Islam sendiri yg mengatakan "jika asyik mencari makanan yg betul2 halal..alamatnya xmkn laa". Produk makanan Israel Zionis dah melimpah-ruah di sana-sini..Nestle,Maggi,KFC, Mc Donald dll. Itu blm ditambah dgn produk bercampur dgn babi dan alkohol.
3) Dajal mampu menjelajah dunia dlm masa 40 hari. Jawapan: Teknologi maklumat dan kepantasan internet hari ini sudah membuktikan bhw sesiapa shj boleh mengetahui situasi sesuatu tpt walaupun tpt itu di ceruk dunia. Melalui kepantasan internet ini dakyah2 Israel Zionis cepat tersebar.
Wallahualam.
Anonymous said…
Sabelom zohir dajjal hok sungoh dia akan didahului oleh hampir tiga puloh eko dajjal kecik, Salah saeko dajjal kecik ialah Jos W Bus
Anonymous said…
assalamualaikum,
apa kah semua manusia boleh nampak tulisan "kafir" di dahi dajjal tu. Atau orang orang yg beriman sahaja.
Othman Draman said…

Besnis produk kesihatan myherb2u
Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900
http://www.healthbuilders.com.my/
othmandraman@yahoo.com
http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
http://www.dnaglobal2u.com/
http://www.iphytoscience.com/
http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u
http://www.youtube.com/watch?v=JSOi1e3ethM
https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0&bav=on.2%2Cor.r_cp.r_qf.&bvm=bv.50952593%2Cd.bmk%2Cpv.xjs.s.en_US.epv7Gxs5zsU.O&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=JrwTUt6VB4K4rAeI-YHQDA
http://radiosilaturahim.com/tembok-pemisah-israel-mesir-telah-selesai-di-bangun/
Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia
Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan
Kursus motivasi besnis disediakan
Stokis/pegedar diperlukan
Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan
Rumah dijual diSubang Suria,Shah Alam
Kelas mengaji Al Quran disediakan
Welcome to Health Builders (M) Sdn.
www.healthbuilders.com.my
Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna.
Anonymous said…
blh kah kita kategorikan as a dajjal agen jika ada yg sggp kata.. nak bissnes.. nak kerja.. nak bantuan..nak duit..nak projek mesti ikut aku.. aku pemberi rahmat..rezki dan kesenangan..