Thursday, July 24, 2014

Ciri Orang yang Mendapat Malam Lailatul Qadar

Bulan Ramadhan kini telah masuk sepuluh hari terakhir, di mana orang biasanya meningkatkan ibadah di waktu ini. Kerana sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan merupakan saat-saat yang penuh dengan kebaikan dan keutamaan, serta pahala yang banyak. 

Maka dari itu, jarang sekali orang mengambil peluang beribadah terutamanya di malam hari. Orang juga biasanya memaksimumkan ibadah di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dengan beritikaf atau berdiam diri di masjid, berzikir dan memohon ampun kepada Allah SWT. 

Sebagaimana yang telah Rasulullah SAW jelaskan dalam salah satu hadis nya, bahawa di antara sepuluh hari itu terdapat satu malam yang apabila kita beribadah maka pahalanya sama dengan kita beribadah selama seribu bulan. Ya, malam itu adalah malam Lailatul Qadar. 

Namun tidak semua orang boleh merasakan adanya malam Lailatul Qadar tersebut, adapun orang yang mendapatkannya mempunyai ciri-ciri seperti berikut. 

  1. Orang yang mendapat Lailatul Qadar, pada malam itu dia akan melihat seluruh benda dan makhluk dimuka bumi ini bersujud kepada Allah SWT. 
  2. Orang yang mendapat Lailatul Qadar akan melihat semua dengan terang benderang dalam kegelapan malam. 
  3. Orang yang mendapat Lailatul Qadar akan mendengar salam malaikat dan semua tutur katanya. 
  4. Orang yang mendapat Lailatul Qadar akan dikabulkan doa-doanya. 
  5. Orang yang mendapat Lailatul Qadar tidak disyaratkan melihat tanda apa-apa. 

Dahulu, Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh untuk menghidupkan sepuluh hari terakhir tersebut dengan amalan-amalan melebihi waktu lainnya. Sebagaimana yang isteri beliau Ummul Mu'minin Aisyah RA pernah katakan: 

  يَجْتَهِدُفِىالْعَشْرِالأَوَاخِرِمَالاَيَجْتَهِدُفِىغَيْرِهِ 

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lain." (HR. Muslim) 

Aisyah RA juga berkata: 

كانالنبى - صلىاللهعليهوسلم - إِذَادَخَلَالْعَشْرُشَدَّمِئْزَرَهُ،وَأَحْيَالَيْلَهُ،وَأَيْقَظَأَهْلَهُ 

"Apabila Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para isteri beliau dari berjima'), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya." (HR. Bukhari & Muslim). 

Maka sudah seharusnya kita mengikuti apa saja yang dilakukan Nabi Muhammad SAW di pertiga malam terakhir bulan ramadhan, agar kita lebih dekat dengan Allah SWT dan memperoleh kemuliaan atau keutamaan malam Lailatul Qadar. 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com |hr / islampos / uniqpost]

0 Responses to “Ciri Orang yang Mendapat Malam Lailatul Qadar”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam