Makan Kurma …? Ada Caranya…

"Dan Kami jadikan padanya kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air." (Yaasiin: 34)

Dalam Thibbun Nabawi disebutkan oleh Ibnu Qayyim, kurma termasuk kumpulan jenis makanan, ubat atau buah-buahan. Kurma matang bersifat panas pada peringkat kedua dan kering pada peringkat pertama, ia dapat meningkatkan keinginan seksual dan menguatkan perut.

Namun di antara pelbagai manfaatnya dijelaskan oleh imam Ibnu Qoyyim, kurma yang telah masak (ruthob) juga cepat reput (dalam perut), menyebabkan rasa haus, boleh merosakkan gigi, merosakkan darah dan menyebabkan sakit kepala, pelbagai tersumbat serta kesakitan di prostat. Lalu bagaimana jika ingin mengelakkan kesan yang tidak menyenangkan ini?
kurma dengan tembikai
Salah satu resipi kesihatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah mencegah bahaya makanan dan mengelakkan kesan sampingan dengan mengambilnya bersama makanan lain sehingga dapat meredam bahaya makanan tersebut.

Dalam satu riwayat disebutkan,

“وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَأْكُلُهُ مَعَ الرُّطَبِ” خ

"Nabi SAW pernah memakannya (timun) bersama kurma segar." (HR Al-Bukhari).

Mengenai hadits ini Ibnu Qayyim mengemukakan bahawasannya timun itu bersifat sejuk pada tingkat kedua, boleh meredamkan rasa haus, mempunyai aroma yang menyegarkan dan menyejukkan perut.

Kesimpulannya, kurma bersifat panas sementara timun adalah sejuk, dan masing-masing akan sesuai dengan yang lain, di samping itu akan meneutralkan bahaya di antara keduanya.

Meneutralkan kesan makanan yang bersifat panas dilakukan dengan bahan yang sejuk dan juga sebaliknya atau makanan yang bersifat kering dengan yang bersifat lembap dan begitu sebaliknya. Cara ini akan menghasilkan bahan lebih lembut. Ia juga dianggap sebagai salah satu kaedah rawatan dan tindakan pencegahan terbaik.

Maka dari segi teori keseimbangan unsur, dapat diketahui landasan terhadap kebiasaan makan Rasulullah SAW. Hadis lain yang mendedahkan hal sama adalah,

أَنَّهُ كَانَ يَأْكُلُ الْبِطِّيْخَ بِالرُّطَبِ وَيَقُوْلُ : يَدْفَعُ حَرُّ هَذَا بَرْدُ هَذَا، وَبَرْدُ هَذَا حَرُّ هَذَا. رواه ت ود.

"Bahawa beliau pernah makan tembikai dengan kurma ruthab, beliau berkata, 'Menolak yang panas ini dengan yang sejuk ini, dan menolak yang sejuk ini dengan yang panas ini'." (HR. At-Tirmidzi dan Abu Dawud).

Maka dengan berlandaskan tuntunan yang ada, teori keseimbangan unsur makanan akhirnya menjadi kajian yang menarik di mata para ulama yang diberikan petunjuk oleh Allah SWT.

Ibnu Qayyim menyebutkan dalam At-Thibbun Nabawi bahwasannya diriwayatkan dengan sahih bahawa Rasulullah SAW biasa memakan kurma dengan keju, atau menyantapnya dengan roti.

Ibnu Qoyyim juga menyarankan mengambil Sakanjabin (sirap yang diperbuat dari madu dan cuka) untuk meneutralkan kesan sampingan akibat banyak mengambil ruthob seperti sakit kepala, kelebihan hempedu hitam dan merosakkan gigi.

Selain itu kaedah menyeimbangkan sifat makanan dengan menggunakan makanan lain yang mempunyai sifat berlawanan dapat menguatkan potensi (bersifat sinergi) atau menambah manfaat makanan tersebut, sebagai contoh adalah jenis kurma terbaik, iaitu kurma ajwa.

Imam Adz-Dzahabi menjelaskan dalam Ath-Thibbun Nabawi, "Kurma ajwa adalah makanan yang bagus lagi mencukupi, jika ditambah minyak sapi padanya sempurnalah kecukupannya."

Sedangkan Al-Maqdisi mengatakan tamr (kurma kering) boleh meneutralkan Jummar (jantung pohon kurma), juga mengambil busr (kurma yang hampir masak) diiringi dengan sakanjabin. Wallahu 'Alam.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com | Joko Rinanto

Comments