Peluru berpandu Al-Qassam Jatuh Dekat Kediaman Netanyahu

Sebuah peluru berpandu yang dilancarkan al-Qassam, pada hari Rabu 9 Julai 2014 telah jatuh di sekitar bandar Kaisarea, dimana di daerah tersebut terdapat rumah Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. 

Menurut saksi, peluru berpandu mengenai di sekitar bandar Kaisarea, selatan dari Haifa, kira-kira 120 km dari Gaza. Di daerah tersebut terdapat rumah Netanyahu. Menurut pusat Maklumat Palestin. 

Siren berbunyi di bandar-bandar pantai utara Israel seperti Hadera, Zichron Jacob, Anyamina. Selatan Kaisarea dan Haifa. 

Roket lain juga jatuh di sebuah kilang di bandar pesisir Hadera. Berdasarkan sumber tentera, peluru berpandu atau roket yang digunakan adalah berkaliber 302 mm yang dihasilkan dari Syria. 

Dan al-Qassam mengumumkan bahawa mereka telah berjaya melancarkan roket ke wilayah Haifa dengan roket buatan sendiri R160. Mereka menyatakan serangan itu adalah tindak balas terhadap kejahatan Zionis terhadap rakyat Palestin dan pencerobohan tidak bertamadun terus menerus terhadap rakyat di Jalur Gaza.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com | hr/im

Comments