Video: Pemain Bola Sepak Israel Diserang di Austria



Akibat serangan tentera Israel ke atas Gaza, pemain bola kelab Maccabi Haifa Israel diserang ketika pertandingan . Insiden ini berlaku pada 23 Julai 2014 ketika kelab bola Israel itu bertandang ke Austria melawan kelab Perancis Lille. 

Kejadian tersebut berlaku selepas wisel penamat. Apabila pengadil hendak meniup wisel panjang tanda akhir perlawanan, penonton tiba-tiba turun ke padang dan menyerang pemain Israel. Salah seorang adalah Yossi Benayoun, iaitu kapten pasukan kebangsaan Israel. 

Salah seorang pemain Israel diludah, sementara Jurulatih kelab Maccabi memasuki gelanggang untuk melindungi pemainnya. 


Namun, tiada seorang pun pemain yahudi cedera. Mereka berjalan ke bilik persalinan dan pasukan keselamatan tempatan segera menangani penunjuk perasaan. Samuel Scheimann, pertahanan kelab Maccabi, mendakwa sekurang-kurangnya seorang dari para perusuh itu membawa pisau. 

Maccabi Haifa mengeluarkan kenyataan mengenai insiden tersebut. "Kami mengalami suasana kekerasan tidak selesa di lapangan. Serangan itu dirancang dan berbahaya kerana hasutan media Turki. Para penunjuk perasaan sebahagian besar adalah pendatang Turki. Kelab yahdi itu kalah kepada Lille 0-2.

*Sumber video dari carian youtube.com |Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | Sa / islampos / ynet]

Comments