Cara Mudah Agar Syaitan Tidak Boleh Masuk Dalam Rumah


Ramai orang yang ingin melindungi rumah mereka dari gangguan syaitan atau terperangkap dalam perangkap syaitan. Mereka ingin rumahnya tidak dimasuki syaitan dari golongan jin, tetapi yang dilakukan justru perbuatan-perbuatan yang disukai oleh syaitan kerana mengandungi unsur kemusyrikan.

Misalnya membuat jimat-jimat tertentu yang diletakkan di atas pintu. Atau menuliskan rajah di pintu dan tingkap. Atau membaca jampi dan mantra di sekeliling rumah. Bahkan ada pula yang memanggil dukun untuk menanam pagar ghaib di depan rumahnya.

Padahal jimat dan rajah tidaklah memberi manfaat apa-apa selain justru membuat pelakunya celaka kerana berkeyakinan benda itu dapat melindunginya dari bahaya ghaib. Sedangkan yang kuasa untuk melindungi manusia secara ghaib hanyalah Allah Azza wa Jalla.

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أَبْصَرَ عَلَى عَضُدِ رَجُلٍ حَلْقَةً أُرَاهُ قَالَ مِنْ صُفْرٍ فَقَالَ وَيْحَكَ مَا هَذِهِ . قَالَ مِنَ الْوَاهِنَةِ قَالَ أَمَا إِنَّهَا لاَ تَزِيدُكَ إِلاَّ وَهْناً انْبِذْهَا عَنْكَ فَإِنَّكَ لَوْ مِتَّ وَهِىَ عَلَيْكَ مَا أَفْلَحْتَ أَبَداً


Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah melihat seorang lelaki memakai gelang di lengannya. Lelaki itu mengatakan bahawa gelang tersebut diperbuat daripada tembaga. Lalu beliau berkata, "Untuk apa engkau memakainya?" Lelaki itu menjawab, "(Ini untuk mencegah) Wahinah (penyakit yang ada di lengan atas)." Beliau lantas bersabda, "Gelang tadi malah membuatmu semakin lemah. Buanglah! Seandainya engkau mati dalam keadaan masih mengenakan gelang tersebut, engkau tidak akan beruntung selama-lamanya. "(HR. Ibnu Majah dan Ahmad)

Sementara mendatangi dukun dan mempercayai ucapannya, termasuk minta dibuatkan pagar ghaib untuk melindungi rumah dari gangguan syaitan, dapat membuat pelakunya kufur terhadap ajaran Islam. Sebagaimana sabda beliau:

مَنْ أَتَى كَاهِناً أَوْ عَرَّافاً فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ


"Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu ia membenarkannya, maka ia telah kufur pada apa yang telah diturunkan kepada Muhammad." (HR. Ahmad; hasan)

Lalu bagaimana cara agar syaitan tidak masuk ke rumah kita? Islam mengajarkan cara yang sangat mudah dan tidak memerlukan ritual yang menyulitkan. Caranya adalah, baca basmalah masa masuk rumah dan menutup pintu. Sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadis:

وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا


"Dan tutuplah pintu kalian seraya membaca basmalah, kerana syaitan tidak akan mampu membuka pintu yang tertutup (dengan bacaan basmalah) ... (HR. Bukhari dan Muslim)

Ustadz Hasan Bishri dalam buku Dahsyatnya Kekuatan Basmalah menjelaskan syaratnya. Yakni ketika membaca basmalah, seorang muslim harus yakin dengan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Yang diperlukan hanyalah keyakinan kita yang mantap terhadap keagungan dan kekuasaan Allah yang tulus saat melakukannya. Iaitu dengan membaca Basmalah ketika masuk rumah atau menutup pintu, nescaya syaitan akan masuk dan terhalang untuk masuk rumah kita, "terangnya.

Wallahu a'lam bissawab.

*sumber dari bersamadakwah.net

Comments