Tutupi Kekalahan, AS Menerbitkan Filem Rambo 5 Vs Pejuang Negara Islam


Industri hiburan terbesar di dunia "Hollywood" kembali akan menerbitkan filem propaganda Rambo V dengan latar belakang peperangan pakatan antarabangsa bersama kerajaan Syiah melawan pejuang Sunni di Timur Tengah.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Daily Mail Inggeris dalam terbitannya hari Selasa (14/07) kemarin menyatakan bahawa dalam filem terbarunya, artis Sylvester Stallone yang berperanan sebagai tokoh Rambo akan membantu kaum Syiah memerangi pejuang Negara Islam.

Menurut bocoran yang di dapat dari Sylvester Stallone, filem Rambo terbaru akan menceritakan kerjasama pahlawan khayalan AS dalam filem ini dengan militia Syiah untuk mengalahkan pejuang Sunni yang kini sedang meraih kemenangan sebenarnya di Iraq.

Menurut catatan Daily Mail ini bukan pertama kalinya Rambo bertempur di kawasan Timur Tengah, setelah dalam Rambo III, Sylvester Stallone, bergabung bersama mujahidin Afghanistan melawan Soviet dalam misi menyelamatkan bekas bosnya di Perang Vietnam.

Perlu di ingat bahawa filem Rambo digunakan Amerika Syarikat untuk membalikan fakta kekalahan telak pasukan AS dalam perang melawan Vietkong di Vietnam antara tahun 1954 hingga 1975.

*sumber eramuslim.com

Comments