Kisah Habib Bourguiba: Berpuasa Mengurangkan Hasil Negara


Pada bulan Mac 1974, dunia Islam digemparkan oleh arahan Presiden Tunisia pertama, Habib Bourguiba, apabila  mengeluarkan perintah melarang rakyat Tunisia, terutama dalam kalangan kakitangan awam daripada berpuasa dalam bulan Ramadan.

Malah untuk menunjukkan tahap keseriusan beliau dengan arahan tersebut, Habib Bourguiba telah muncul bersama-sama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadan dan mereka makan beramai-ramai demi membuktikan apa yang mereka kata. Alasan Habib Bourguiba kerana puasa mengurangkan produktiviti negara malah syariat berpuasa dianggap sebagai batu penghalang kepada pertumbuhan ekonomi. Siapa Habib Burguiba ini?

Bourguiba diangkat sebagai presiden pada 1957 setelah berakhirnya pemerintahan beraja Bey Muhammad al-Amin, Raja Tunisia. Akibat terpengaruh pemikiran Barat, Habib Bourguiba selalu menghina Islam. Secara eksplisit beliau menentang pemahaman dan ketentuan syariat. Ketentuan syariat yang sudah jelas dilarang dan dihina. Saat berpidato di depan mahasiswa mengenai sejarah perjuangan Rasulullah SAW, beliau menyatakan bahawa al-Quran mengandungi sekian banyak kekeliruan. Nabi Muhammad SAW dianggapnya sebagai manusia yang kebanyakan mengembara dan mendengar hikayat, dongeng, dan legenda murahan.

Sejak berkuasa beliau menyusun makar menghancurkan Islam. Beliau menutup Universiti al-Zaytunah, universiti tertua di Afrika, pusat pendidikan Islam di Afrika dan Eropah. Salah satu tujuan makar Habib Bourquiba ialah membaratkan Tunisia, sehingga bahasa Arab diganti bahasa Perancis sebagai bahasa kebangsaan. Mahkamah Syariah diganti dengan mahkamah sivil yang berkiblatkan undang-undang Barat.

Dalam usahanya melemahkan institusi Islam, Bourguiba merampas harta wakaf di seluruh Tunisia, padahal harta wakaf merupakan 33% kekayaan Tunisia. Sekolah dan madrasah yang mengajarkan al-Quran ditutup. Ribuan wanita Islam disingkirkan dari pegawai pemerintahan dan pusat pendidikan serta dilarang berhijab. Wal iyyazubillah!

Comments