Wednesday, April 17, 2013

Cristiano Ronaldo : Ramai yang tidak percaya kalau saya mengagumi Al-Quran


Meskipun beragama Katolik yang taat, Cristiano Ronaldo memberi perhatian terhadap umat Islam dan menyukai ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Cristiano Ronaldo lahir di Funchal, Madeira Portugal pada 5 Februari 1985. 

Ronaldo boleh bermain diposisis sebagai pemain sayap kiri atau kanan serta penyerang tengah. Kini Ronaldo bermain untuk kelab di Sepanyol, Real Madrid dan untuk pasukan kebangsaan Portugal. Sebelum bermain untuk Real Madrid, dia pernah bermain di Sporting Lisbon dan Manchester United (MU). 

Media Sepanyol 'Marca' melaporkan jika Ronaldo satu pasukan dengan Mesut Ozil, pemain muslim berasal dari jerman yang berdarah turki ini, memberi kesaksian bahawa Cristiano Ronaldo sudah menghafal huruf hijaiyah, dan juga sudah menghafal surah kegemarannya, iaitu surat Al-Fatihah.

Ronaldo membenarkan kesaksian dari Ozil, "Banyak yang tidak percaya kalau saya mengagumi Al-Quran, tapi memang begitulah kenyataannya, setiap Ozil membaca Al-Quran, saya sentiasa merasa damai, dan hati saya pun menjadi sejuk," kata Ronaldo kepada Media Sepanyol.

Mesut Ozil juga mengesahkan kenyataan Ronaldo, "Cristiano Ronaldo selalu menunggu saya selesai Solat di bilik rehat, saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji," kata Ozil.

Cristiano Ronaldo berkata, "Saya sudah hafal Al-Fatihah, mungkin nanti saya akan minta diajarkan berwudhu, saya sangat gembira," kata Ronaldo.

CR7 sangat senang mendengar Ozil membaca Al-Quran sebelum bertanding dan merasa yakin Real Madrid menang di pertandingan, jika sebelum perlawanan, Ozil membaca Al-Quran.

6 Responses to “Cristiano Ronaldo : Ramai yang tidak percaya kalau saya mengagumi Al-Quran”

  • April 17, 2013 at 1:30 PM
    kurniakanlah hidayahMU ya ALLAH kpdnya...amin...
  • http://kamarularnizam.blogspot.com/2013/04/cristiano-ronaldo-melakukan-sesuatu.html
  • Lawati pages saya..:)
    www.kamarularnizam.blogspot.com
  • April 18, 2013 at 7:29 AM
    please give your way Allah..
  • April 18, 2013 at 6:44 PM
    Alhamdulillah hidayah bisa datang kepada siapa saja.
  • September 1, 2013 at 10:45 AM
    ronaldo tahniah kesaksianmu buat ku sebak betapa Allah itu gekat pada hambanya yg merendah diri,setiap kali ku melihat kelibatmu ku rasakan engkau pasti
    akan menjadi saudara kami amin ya Allah hu samad rabana watakabbal doa amin.....utk semua
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

    Back To Top
    Profile Picture
    ©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
    Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
    E-mel :detikislamblog@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam