Kisah pembinaan Masjid di kutub utara

Selepas berjaya mendirikan masjid pertama di Kutub Utara, Muslim Kanada berjaya menambah menara di masjid yang berwarna kuning yang terletak di bandar Winnipeg-Inuvik itu.

"Inilah menara masjid yang dibina di Kutub Utara. Menara itu sangat indah ketika kami nyalakan lampu-lampunya di tengah kegelapan, "kata Amier Suliman, ahli jawatankuasa masjid dengan bangga.

Menara itu dengan ketinggian kira-kira 10 meter, menambah kemegahan masjid. Komuniti Muslim di Inuvik-bandar yang terletak 200 kilometer dari Kutub Utara sudah lama mahukan sebuah tempat yang selesa untuk menjalankan ibadah mereka. Tapi impian itu ditangguhkan kerana harga bahan binaan dan kos  pembinaan yang sangat mahal.
Sebuah syarikat pembekal bahan bangunan di Manitoba bersetuju untuk membina struktur masjid itu di kilangnya. Setelah siap dibina, struktur binaan tersebut ditarik dengan kapal ke Inuvik. Syarikat itu hanya mengenakan bayaran separuh daripada harga yang sepatutnya dibayar.
Setelah melalui proses dan perjalanan panjang melalui daratan dan sungai di sepanjang wilayah Barat Kanada, masjid kecil berukuran 140 meter persegi yang diperbuat daripada bahan kayu itu akhirnya tiba di Inuvik. Di bandar itu komuniti Muslim berkembang pesat dan jumlahnya bertambah rama. Oleh demikian mereka merasa perlu memiiki sebuah masjid. Komuniti Muslim di Inuvik yang berpenduduk kira-kira 4000 orang itu, sebahagian besar berasal dari Sudan, Lebanon dan Mesir.
Penambahan menara masjid disambut gembira oleh komuniti Musim di Inuvik. 

"sesetengah orang akan berkata ini adalah sebuah titik permulaan terbaru bagi Islam. Tapi bagi kami, yang penting adalah kaum Muslimin di sini yang biasanya melaksanakan solat Jumaat dengan menumpang di sebuah gereja Katolik, sekarang sudah mempunyai tempat yang selesa untuk beribadah, lengkap dengan menaranya, "terang Amier Suliman ahli jawatankuasa masjid kutub utara. 

Comments

KU KLAK KLIK said…
Alhamdulillah..
Semoga islam semakin jaya..

Mampir ke blog ane juga ya sob..