Aisyah ra pernah kagum melihat seorang ibu yang baru saja diberinya tiga potong roti, dengan penuh kasih sayang oleh ibu tesebut dua potong roti yang diterimanya itu diberikan kepada kedua anaknya yang sedang kelaparan, dan sekejap saja roti itu habis makan. Kerana masih lapar mereka meminta bahagian ibunya yang sekeping itu. Apa yang dilakukan oleh si ibu sangat mengagumkan. Dia memberi sepotong roti itu menjadi dua bahagian dan memberikannya kepada kedua anaknya. Si ibu rela melepaskan bahagiannya demi anak-anak kesayangannya.
Peristiwa ini diceritakannya kepada Rasulullah Saw, suaminya. Maka secara singkat Rasulullah Saw memberi komentar bahawa "Allah lebih sayang kepada hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu kepada anak-anaknya."
Ya, memang Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tanpa kasih sayang-Nya dunia ini tidak akan wujud. Tanpa kasih sayang-Nya dunia ini sudah lama ditutup, bagaimana tidak kerana manusia yang diamanahkan untuk memelihara kelestarian bumi ini justeru membuat kerosakan bahkan tanpa malu-malu menentang Tuhan.
Penentangan manusia terhadap Allah swt dilakukan secara terang-terangan, baik berupa pemikiran maupun perbuatan. Penyimpangan aqidah telah terjadi diseganap penjuru, pelanggaran syari'ah menjadi lumrah dan kerosakan akhlak jadi tontonan sehari-hari.
Kita tahu bahawa segala benda alam ini adalah milik Allah swt dan sekaligus tentera-tentera-Nya yang sewaktu-waktu akan digerakkan sesuai kehendak-Nya. Air hujan yang selalu dinantikan kedatangannya oleh segenap manusia dan boleh berubah menjadi bencana besar yang menelan korban ribuan manusia.
Api juga tentera Allah. Api adalah elemen yang bermanfaat bagi umat manusia. Industry kecil dan industri besar tidak akan berfungsi tanpa peranan tenaga api ini. Akan tetapi bila Allah swt menggerakkan api maka bangunan pencakar langitpun boleh hangus dalam masa yang singkat atau hutan berjuta juta hektar boleh hangus akibat kebakaran.
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. "(QS Al-An'aam: 44)
Rasulullah Saw bersabda: "Bagaimana kamu jika dilanda oleh lima perkara? , Kalau aku (Rasulullah Saw), aku berlindung kepada Allah agar tidak menimpa kamu atau kamu mengalaminya.
Yang pertama; jika perbuatan jijik dalam suatu kaum sudah dilakukan secara terang-terangan maka akan timbul wabak penyakit yang belum pernah menimpa orang-orang terdahulu.
Yang kedua; Jika suatu kaum menolak mengeluarkan zakat maka Allah akan menghentikan turunnya hujan, kalaulah bukan kerana binatang-binatang ternak tentulah hujan tidak akan diturunkan sama sekali.
Yang Ketiga; Jika suatu kaum mengurangkan ukuran dan timbangan maka Allah akan menimpakan kelaparan beberapa seketika, kesukaran untuk mendapatkan makanan dan kezaliman penguasa.
Yang keempat; Jika penguasa-penguasa mereka melaksanakan hukum yang bukan dari Allah maka Allah akan menguasakan musuh-musuh mereka untuk memerintah dan merampas harta kekayaan mereka.
Yang kelima; jika mereka mensia-siakan Kitabullah dan Sunnah Nabi maka Allah akan menjadikan permusuhan diantara mereka. "(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
Hadis diatas menjelaskan kepada kita hubungan antara kemaksiatan kepada Allah dengan berbagai musibah yang akan ditimpakan kepada manusia. Ribuan peristiwa yang kita baca, kita dengar dan kita lihat melalui media maklumat berlalu begitu saja tanpa menimbulkan kesan dan atau pengajaran, apalagi membuahkan hikmah.
Ini berlaku bukan kerana manusia buta matanya, tetapi yang sebenarnya berlaku adalah buta mata hati, mereka tukar kebenaran dengan kesenangan seketika , mereka tinggalkan jalan petunjuk menuju jalan kesesatan.
"Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat. Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar). "(QS Al-Baqarah: 17 - 18)
Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com oleh detikislam
Comments