Sifat api neraka

Dari sebuah hadis ada diceritakan Allah SWT telah menghantar malaikat Jibrail bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam a.s untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibrail ! berapa banyakkah yang kamu mahu ? " Sebesar buah tamar, jawab Jibrail. Kata Malik tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur tujuh petala langit dan bumi kerana kepanasan."

Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibrail. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik kebumi dan segala tanaman akan musnah." Malaikat Jibrail lalu memohon pertolongan dari Allah SWT untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah SWT lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi.". Pergilah Jibrail mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai disyurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam a.s dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung dan tinggalah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.

BESARNYA NERAKA JAHANNAM

Dari hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahannam-Ku itu:

*Neraka jahannam itu mempunyai 7 tingkat
*Setiap tingkat mempunyai 70 000 daerah 
*Setiapa daerah mempunyai 70 000 kampung
*Setiap kampung mempunyai 70 000 rumah
*Setiap rumah mempunyai 70 000 bilik
*Setiap bilik mempunyai 70 000 kotak
*Setiap kotak mempunyai 70 000 batang pokok zarqum
*Dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70 000 ekor ular
*Didalam mulut setiap mulut ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
*Juga dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70 000 rantai
*Setiap rantai diseret oleh 70 000 malaikat

sumber dari facebook Cintailah Pencipta Kita

Comments