Ramai sebahagian orang setelah solat fardhu mereka berzikir dengan kedua-dua tangannya (tangan kanan dan tangan kiri) atau berzikir dengan menggunakan tasbih (bijian) yang merupakan suatu perkara baru dalam agama, dari hadis dibawah ini rasulullah bertasbih dengan jari kanannya. Semak Hadits sahih yang berikut:
عن عبد الله بن عمر x قال: رأيت النبي يعقد التسبيح بيمينه.
Dari Abdullah bin Umar Radhiallahu'anhu, dia berkata: "Saya melihat Rasulullah bertasbih dengan (jari-jari) tangan kanannya." [304]
[304] HR. Abu Daud (2/81), At-Tirmidzi (5/521), dan lihat Shahihul Jami '(4/271, no. 4865).
penjelasan:
Dalam hadis ini disyari'atkannya bertasbih dengan jari jemari. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam menerangkan alasannya, antara lain dalam riwayat yang menyebutkan bahawa jari jari itu akan ditanya dan akan bercakap sebagai saksi bahawa mereka mengetahui hal itu (Lihat Tuhfatul Ahwadzi syarh Sunan at Tarmidzi)
Comments
saya berkata, statement tuan itu adalah satu kesalahan yg sangat fatal, krn rasullullah adalah contoh untuk kita semua dan setiap perilaku, perbuatan dan percakapannya adalah diatur oleh allah.
kita sbgai muslimin yakni bukan melayu harus mengikut dan membenarkan segala ssunnah atau hadith yg shohiih rasullulah.
jadi secara permukaan statement tuan itu, jelas menunjukkan ada sedikit wis was/ kerancuan didalam diri tuan.
maaf jika tersinggung.