Wednesday, July 1, 2015

Hadis Pohon Gharqad Masuk Kurikulum Sekolah Israel


Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg, dua orang penulis buku The Road to Martyrs 'Square: A Journey into the World of the Suicide Bomber melakukan kajian langsung ke Palestin dan Israel demi meneroka tentang pohon Gharqad.

Keduanya menemubual sejumlah Syaikh Hamas, termasuk Syaikh Ahmad Yasin semasa hidup beliau. Keduanya juga pergi ke Israel untuk mencari pohon gharqad dan keyakinan orang-orang Yahudi tentang pohon tersebut.

Dari wawancara dengan sejumlah Syaikh Hamas, Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg mengetahui bahawa menurut hadis Nabi, kelak orang Islam akan memerangi orang-orang Yahudi. Pada peperangan akhir zaman itu, semua pihak akan menunjukkan tempat persembunyian orang Yahudi hingga batu-batu pun akan menunjukkannya kecuali pohon gharqad. Pohon gharqad merupakan pokok Yahudi.

Ketika keduanya bertanya seperti apakah pohon gharqad, Syaikh Hamas yang tengah ditemuramah saat itu meminta keduanya pergi ke Israel dan bertanya pada orang-orang Yahudi di sana.

Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg lantas pergi ke Israel. Namuan orang-orang Yahudi yang disoal tentang pohon gharqad, mereka tersenyum sambil menatap serius seperti terbongkarnya sebuah rahsia.

"Kami diberitahu untuk ke sana dan ke sini, untuk mencari pokok tersebut," tutur Anne Marie Oliver seperti dikutip Republika.

Banyak versi pohon gharqad menurut maklumat orang-orang Yahudi Israel yang ditemui Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg. Ada yang menunjukkan bahawa pohon gharqad boleh didapati di gerbang Jaffa, ada yang mengatakan pohon gharqad adalah semak-semak, hingga ada yang mengatakan bahawa pohon gharqad hanyalah simbol metafora.

Walaupun mereka memberikan pelbagai maklumat yang tidak seragam, pohon gharqad sangat dikenal di kalangan Yahudi Israel, khususnya kalangan nasionalis ortodoks.

"Mereka memasukkan hadis-hadis Nabi Muhammad (tentang Gharqad) itu dalam kurikulum SMA mereka, yang kemudian diinterpretasi oleh kalangan Islam sebagai bukti bahawa orang-orang Yahudi mengakui kebenaran hadis Nabi yang meramalkan akhir nasib orang-orang Yahudi," katanya lagi.

Cukup lama Anne Marie Oliver dan Paul F Steinberg kesulitan mencari manakah spesies pokok yang benar-benar merupakan pohon gharqad. Soalan itu baru terjawab apabila mereka ditemuramah Syaikh Ahmad Yasin.

Pengasas Hamas itu lantas membawa keduanya ke belakang rumah dan menunjukkan contoh pohon gharqad. Dan ternyata, pokok yang lebat dan berduri itu kini telah ditanam mengelilingi penempatan Israel.

*sumber bersamadakwah.net

0 Responses to “Hadis Pohon Gharqad Masuk Kurikulum Sekolah Israel”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam