Umat Islam Akhir Zaman Seperti Buih


Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? "

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al - Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Suatu keadaan yang nyata di hadapan kita sekarang, bahawa jumlah umat Islam sudah cukup ramai. Di dunia ini, satu setengah bilion lebih penduduk bumi adalah Muslim. Tetapi kita saksikan bahawa jumlah yang ramai ini belum tentu membawa umat ini keluar dari kesulitan. Inilah rupanya yang diungkapkan Rasulullah dalam hadis di atas. Patutlah kiranya kita semua, umat Islam melihat ke dalam, seberapa jauh kiranya kita sudah dijangkiti penyakit al - Wahn tersebut, penyakit cinta dunia dan takut akan kematian.

Tentunya ini tidak terlepas dari kesalahan pandangan umumnya masyarakat Muslim terhadap kehidupan dunia. Kenapa umat islam cintakan pada dunia dan takut mati? Ini kerana mansia memandang bahawa dunia ini adalah tempatnya segala kesenangan dan kematian adalah pemutus kesenangan tersebut.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Comments

Unknown said…
Salam ustaz,
begitulah keadaan umat yang amat menyedihkan dia akhir zaman ini.Benarlah sabda rasulullah s.a.w itu.
-saya menanti komen ustaz berkenaan isu Fenomena yahanana di blog saya :)

http://ijoks2009.blogspot.com/2014/02/ketika-saudara-saudara-kita-dibunuh.html
Cik Salju said…
Assalamualaikum,

Maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu manfaat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.

Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2014/01/cinta-lanang-gabrul-final-conclusion.html

Klik dan baca cara bagaimana orang islam keluar dari sistem penghambaan dunia moden ini.
armal said…
Maaf. Minta laluan...

Buat duit.... mudah2. Free pulak. Sini....

http://stayreward.com/index.php?share=115728