Saturday, March 3, 2012

Injil kuno berusia 1,500 tahun khabarkan kedatangan Rasulullah

Kerajaan Turki telah mengkonfimasi sebuah injil kuno yang dijangka berusia 1500 tahun. Injil kuno tersebut ternyata meramalkan kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai penerus risalah Isa (Yesus) di bumi.

Bahkan Alkitab rahsia ini mencetuskan minat yang serius dari Kota Vatican. Paus Benedict XVI mengaku ingin melihat buku 1,500 tahun lalu. Sebahagian orang meramalkan Injil ini adalah Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh Turki selama 12 tahun terakhir.

Menurut Mailonline, injil yang ditulis tangan dengan tinta emas itu menggunakan bahasa Aramik. Inilah bahasa yang dipercayai digunakan Yesus sehari-hari. Dan di dalam injil ini dijelaskan ajaran asli Yesus serta ramalan kedatangan penerus kenabian setelah Isa.

Injil kuno berusia 1,500 tahun ini bersampu kulit haiwan, ditemui polis Turki semasa operasi anti penyeludupan di tahun 2000 lalu. Alkitab kuno ini sekarang di simpan di Muzium Etnografi di Ankara, Turki.

Sebuah fotokopi satu laman dari naskah kuno tulisan tangan Injil ini dihargai 1.5 juta. Menteri Budaya dan Pariwisata Turki, Ertugrul Gunay mengatakan, buku tersebut boleh menjadi versi asli dari Injil. Dan sempat tersingkir akibat penindasan keyakinan Gereja Kristian yang menganggap pandangan sesat kitab yang meramalkan kedatangan penerus Yesus.

Gunay juga mengatakan Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk melihat kitab dari teks yang kontroversial menurut keyakinan Kristian ini. Kitab ini berada diluar pandangan agama Kristian sesuai Alkitab Injil lain seperti Markus, Matius, Lukas dan Yohanes.

- sumber republika.co.id

3 Responses to “Injil kuno berusia 1,500 tahun khabarkan kedatangan Rasulullah”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam