"Facebook Halal" Akan Dilancarkan di İstanbul Pada Bulan Ramadhan Tahun Ini

Digambarkan sebagai "Facebook Halal," laman sosial baru, Salamworld, akan melanda dunia Islam selama bulan puasa Ramadhan tahun ini, dan akan mencipta platform internet baru bagi umat Islam dari segala usia.

Saat ini ada 800 juta pengguna Facebook di seluruh dunia, 300 juta di antaranya adalah Muslim. Jumlah ini dijangka akan meningkat sebanyak 100 peratus dalam masa 10 tahun.

Bercakap kepada Sunday 's Zaman dalam wawancara inklusif, pimpinan Salamworld, Abdulvahit Niyazov, mengatakan bahawa rangkaian sosial Salamworld telah dibangunkan dengan tujuan menyediakan sebuah laman jejaring sosial yang lebih "halal" bagi umat Islam untuk berinteraksi antara satu sama secara online.

Niyazov mengatakan bandar İstanbul dipandang sebagai lokasi yang ideal sebagai pusat Salamworld kerana kedudukan yang unik Turki antara dunia Timur dan Barat serta Turki yang secara ekonomi stabil, sehingga menarik ramai usahawan dari seluruh dunia. Dia menambah bahawa Turki dilihat sebagai sebuah negara Muslim terkemuka di antara negara-negara Islam.

Niyazov mengatakan projek ini adalah semata-mata sebuah projek perniagaan yang bertujuan untuk melayani keperluan umat Islam di dunia moden dan tidak disokong oleh gerakan politik atau negara. Ia menambah bahawa ia selalu menunjukkan rasa hormat yang besar terhadap karya-karya cendekiawan Turki seluruh dunia, termasuk kepada Fethullah Gulen dan bekas Perdana Menteri Necmettin Erbakan.

Salamworld menyatakan bahawa para pengguna akan disediakan banyak aplikasi, termasuk koleksi besar buku tentang warisan Islam di sejumlah format e-book, program pembelajaran jarak bersertifikat yang disesuaikan dengan pelbagai peringkat pendidikan, sesi interaktif dengan para cendikiawan yang diakui dan pakar yang berkualiti. Sebuah ensiklopedia Islam berbilang bahasa dalam talian akan disediakan di Salamworld dan saling berkaitan yang dibuat oleh beberapa pengguna.

Aplikasi lain yang penting adalah adanya panduan bandar online, di mana pengguna akan diberi panduan bandar seluruh dunia untuk maklumat masjid, pusat Islam, restoran Halal dan perniagaan Muslim lain. Pengguna juga akan diberikan peluang untuk menyiarkan khutbah, ceramah dan acara serta berita. Salamworld akan memberikan update harian berita dan ruang untuk berbincang secara online.

Pimpinan syarikat Salamworld juga menyatakan bahawa akan ada sebuah kedai online barangan dan perkhidmatan Islam, serta pelancongan yang akan diiklankan dan terancang untuk melakukan ziarah tahunan ke kota suci Makkah. Menyebutkan bahawa 54 peratus dari dunia Muslim berada di bawah usia 25 tahun, Salamworld menyasarkan anak-anak Muslim dan pemuda untuk dididik tentang Islam dengan permainan online yang interaktif.

Salamworld menyatakan bahawa projek ini tidak hanya akan dibuat untuk dijadikan sebagai sebuah platform rangkaian sosial biasa. Salamworld menggambarkan misinya sebagai multi-faceted, sebuah alternatif untuk jejaring sosial popular, menawarkan kandungan Islam yang dihasilkan oleh umat Islam bagi umat Islam, tempat umat Islam untuk mengangkat suara mereka, sebuah platform untuk komunikasi antara komuniti Muslim, sebuah saluran antara Muslim dan masyarakat antarabangsa , dan sebagainya.

- sumber dari eramuslim.com

Comments