70 ribu Yahudi dari Isfahan Iran

"Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata: 'Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi." [Sahih Muslim, hadis ke 7034]

Kita sering mengetahui konspirasi antara Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran. Kita pun sudah tahu fakta bahawa Iran mempunyai teknologi nuklear dan dari mana entah tiba-tiba Iran bangkit sebagai negara yang mempunyai tenaga nuklear?

Sabda Baginda SAW; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman .. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan) .. "- HR Muslim.

Dari Anas bin Malik ra, sabda beliau SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi Isfahan (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk Isfahan". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata: "Sahih"].

Nabi bersabda "Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-TAYALISAH". - HR. muslim.

Terdapat 13 kaum Yahudi dan Ashkenazim. Ashkenazim adalah bentuk jamak daripada 'Ashkenaz' dari bahasa Ibrani אשׁכנזי yang bererti "Jerman". Dalam bahasa Ibrani juga dikenali bentuk אשׁכנזים

Ini bererti orang Yahudi Eropah, terutama dari Eropah Timur, bahasa yang mereka pakai biasanya adalah bahasa Yiddish. Zaman sekarang kaum Ashkenazim di Eropah sudah hampir punah, mereka banyak didapati di Amerika Syarikat dan Israel.

Kaum Ashkenazim, sebagai sebuah kaum yang cukup tertutup, banyak yang mengidap penyakit keturunan. Tetapi salah satu penyakit keturunan yang berkaitan dengan penyakit otak, membuat mereka mempunyai skor IQ tertinggi di dunia.

Yang menghairankan secara genetik bangsa Palestin mempunyai hubungan genetik lebih dekat dengan kaum Ashkenazim dibandingkan dengan kaum Yahudi-Timur Tengah.

Mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa walau bagaimanapun Allah SWT telah berfirman mengenainya:

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku "(4). Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia (5). Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu takbir mimpi serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (6). Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar) (7).

Kita sudah mengetahui kewujudan orang Yahudi di Iran ini. Mereka semua berasal dari Isfahan. Jumlah mereka saat ini dianggarkan sebanyak 30,000. Dalam hadis disebutkan jumlah mereka sampai 70 ribu, maka akan terjadilah akhir zaman. Wallahu alam bi shawwab.

Comments