Monday, August 15, 2016

Imam Masjid New York Syahid Ditembak Orang Tidak Dikenal


Imam Maulana Akonjee dan rakannya, Thara Uddin, baru saja meninggalkan Masjid Jami Al Furqan di Ozone Park, Queens, Amerika Syarikat, Sabtu siang waktu setempat. Tanpa mereka sedari seseorang menghampiri mereka dari belakang.

Dalam hitungan detik, lelaki tak dikenali itu menembak Akonjee (55) dan Uddin (65) bergilir-gilir pada bahagian belakang kepala mereka. Akonjee tewas di tempat, sementara Uddin menghembuskan nafas terakhir empat jam kemudian di rumah sakit.

Demikian dijelaskan oleh Timbalan Ketua Polis Henry Sautner dari kepolisian New York.

"Kami semua menangis," ujar Mashuk Uddin, adik dari Thara Uddin.

Jemaah masjid akan berkumpul di lokasi kejadian tak lama selepas pembunuhan itu. Mereka mengecam calon presiden AS Donald Trump, yang menurut mereka mengobarkan semangat anti Islam dalam banyak ucapannya.

"Ini bukan Amerika. Kami menyalahkan Donald Trump atas kejadian ini. Trump dan drama-dramanya mencipta Islamophobia, "ujar seorang warga, Khairul Islam, seperti dikutip dari NY Daily News.

Sumber lain Polis New York berkata, masih terlalu pagi menyimpulkan punca kejadian. Maklumat lain mengatakan, boleh saja pembunuhan ini berkaitan dengan usaha rompakan kerana salah seorang daripada mangsa membawa beberapa ratus dolar AS. (Ts / rmol)

0 Responses to “Imam Masjid New York Syahid Ditembak Orang Tidak Dikenal”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam