Thursday, September 15, 2016

Proses Kelahiran Nabi Isa, Pelajaran untuk Kita


KITA tahu betapa sukarnya seorang perempuan ketika akan melahirkan. Begitu pula yang dirasakan oleh Maryam, ibu dari Nabi Isa Alaihis Salam. Ia merasakan sakit yang tak tertahankan ketika akan melahirkan Nabi Isa. Tetapi, ia boleh melaluinya kerana petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Dikisahkan bahawa ketika Maryam akan melahirkan, ia berusaha mengeluarkan bayi yang dikandungnya itu seorang diri. Tak ada satu manusia pun yang membantunya. Rasa sakit yang tak tertahankan, menjadikan ia bersandar pada sebuah pangkal pohon kurma. Ia merasa bahawa hidupnya tidak lama lagi. Rasanya bagaikan ajal telah ada di depan mata.

Namun kemudian, malaikat Jibril datang menghampiri Maryam. Ia cuba menenangkannya dengan mengatakan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengalirkan air sungai di bawahnya. Sehingga, Maryam boleh minum dari air itu. Lalu, ia pun memerintahkan Maryam agar menggoyang-goyangkan pohon kurma, hingga buahnya terjatuh, dan Maryam boleh makan kurma tersebut.

Akhirnya, merasa tenanglah diri Maryam. Bayi dalam kandungannya pun dapat keluar dengan selamat.

Sungguh, begitu berat perjuangan yang dialami oleh Maryam ketika melahirkan buah hatinya. Begitu pula dengan ibu kita. Ia pun rela mempertaruhkan nyawanya, hanya untuk boleh melihat kita dilahirkan ke dunia dengan selamat.

Oleh sebab itu, penting bagi kita mengambil suatu pelajaran dari kisah Maryam tersebut. Kerana memang, ada perkara penting yang perlu kita ketahui tentang seorang perempuan yang akan melahirkan. Apakah itu?

Pertama, perempuan yang akan melahirkan memerlukan tempat yang tenang.
Kedua, perempuan yang akan melahirkan memerlukan motivasi atau kalimat saranan yang boleh menenangkan hatinya.

Ketiga, kita harus boleh mengalihkan sakit yang dirasakan oleh wanita yang akan melahirkan tertumpu pada hal lain.

Keempat, perempuan yang akan melahirkan harus tetap aktif bergerak.
Kelima, perempuan yang akan melahirkan perlu makan dan minum yang berkhasiat.

Jika kita tak mampu membantu proses kelahiran diri kita yang diperjuangkan sang ibu, maka bantulah saudara perempuan kita. Dan bagi anda yang sudah berkahwin, membantu kelahiran buah hati anda dari rahim sang isteri, sudah menjadi kemestian.

Ketika kita melihat saudara perempuan atau pun isteri kita akan melahirkan, kita boleh melakukan kelima hal tersebut. Jika Maryam dibantu oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui malaikat Jibril. Maka tugas malaikat Jibril itu beralih kepada kita, sebagai kerabat dekat atau pun suami dari perempuan yang masih mempunyai ikatan keluarga dengan kita, untuk membantunya ketika akan melahirkan.

sumber islampos.com

0 Responses to “Proses Kelahiran Nabi Isa, Pelajaran untuk Kita”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam