1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)
2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)
3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)
4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)
5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)
6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)
7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.
8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)
9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)
10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)
11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)
12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)
13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)
14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)
15. Mula-mula syaitan yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya syaitan tersebut.
16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Wallahua'lam...
Comments
https://m.facebook.com/profile.php?id=128034713941894&refid=17&ref=stream
saya ada soalan,
adakah Rasulullah diberi keistimewaan dlm prkahwinan?
kbnyakn org kafir mempertikaikn islam dgn isu poligami n dkaitkn pula dgn Nabi Muhammad.
saya ada terbaca satu komen org bkn islam
"dlm islam,suami boleh kahwin 4. tp Muhammad?"
Wallahua'lam,andaikata la saya d tnya dgn soalan sperti brikut,saya pun x tahu.btpa jahilnya saya tntng agama.klu mahu jwb itu keistimewaan yg d brikn kpd nabi,x thu jgak.
n saya thu smua istri Rasulullah janda kcuali Aisyah..tjuan Rasulullah adlah untuk membantu.
tp mngkn d tnya pula dgn Aisyah,knpa Rasulullah kahwin dgn Aisyah smasa dia brusia 8 thun n pd masa tu umur Rasulullah jauh berbeza? itu la jugak soalan org bukan islam tnya.
saya x mahu mreka brsangka bruk tntang nabi kita atau mengatakn yg bkn2.tp apakn daya,saya masi jahil.xda ilmu utk mnjlaskn nya nt dgn insan2 yg akn brtanya.
Tolong saya..wahai saudara2 islam.