Khianat terhadap Al-Mahdi, Israel Dikepung di Akhir Zaman

ilustrasi: www.arrahmah.com

KITA tahu bahawa sekarang ini Israel tengah berkuasa menzalimi saudara kita di Palestin. Tapi, tahukah anda, bahawa ternyata hal itu tidak akan terus berlangsung selamanya. Ada saatnya mereka akan bertemu dengan kekalahannya. Terutama di akhir zaman kelak. Sang pemimpin akhir zaman Al-Mahdi akan menghancurkannya atas izin Allah SWT.

Di akhir zaman, Israel akan melakukan pengkhianatan. Akibat pengkhianatan Israel terhadap Al-Mahdi, maka Israel dikepung untuk kemudian dihancurkan. Kekalahan Rum (Amerika dan sekutunya) di A'maq dan Dabiq membuat Israel ketakutan. Ini bermakna sebentar lagi kaum Muslimin bersama Al-Mahdi akan menghancurkan Israel, fikir Yahudi Israel.

Seluruh penduduk Isarael dicengkam ketakutan, kaum Muslimin akan mengepung kaum Yahudi, "Celakalah Ariel! ... Aku akan menyesakkan Ariel, sehingga orang mengerang dan mengaduh, dan kota itu akan seperti perapian bagi-Ku. Aku akan berkemah di segala penjuru mengepung engkau, akan membuat tempat-tempat pengintaian untuk menghimpit engkau, dan akan mendirikan pagar-pagar pengepungan terhadap engkau. Maka, engkau akan merendahkan diri dan engkau bersuara dari dalam tanah, perkataanmu kedengaran samar-samar dari dalam debu; suaramu akan berbunyi seperti arwah dari dalam tanah, "(Perjanjian Lama / Bible, Kitab Yesaya 29: 1-4).

Setelah berjaya mengalahkan bala tentara Rum di Aleppo, di Syria, di utara Israel, maka kaum muslimin dengan pimpinan Al-Mahdi mula bergerak ke selatan menuju ke Israel yang telah berlaku khianat. Terdapat paralelisasi antara episod bergeraknya Al-Mahdi untuk mengepung dan menyerang Yahudi Israel dengan Episode Nabi Muhammad ﷺ mengepung dan menyerang Yahudi Bani Quraizah pada perang Azhab.

Yahudi Israel, anak cucu Samiri si penyembah lembu, ketakutan setelah mendengar bala tentera Islam yang sedang bergerak dari utara (Syria) menuju ke Israel (di selatan). Inilah yang dimaksudkan dalam peranjian Lama (Bible) sebagai "Ancaman dari Utara". Yang mana selama ini para pendeta Kristian dan pendeta Yahudi memahami bahawa "Ancaman dari Utara" adalah Kesatuan Soviet dan Rusia.

sumber islampos.com

Comments