TURKI sekular lahir dari kejatuhan kesultanan Uthmaniyyah, yang menyebabkan penghapusan kekhalifahan Islam. Kemal Ataturk sebagai pengasas Turki Moden, memperkenalkan beberapa pembaharuan yang mengurangkan peranan Islam di negara itu. Madrasah ditutup, Jilbab dan pakaian keagamaan dilarang, azan dirubah dari bahasa arab ke bahasa Turki, dan penerapan undang-undang sekular lain.
Dipetik dari ilmfeed, Turki menjadi negara sekular untuk beberapa dekad, dan berterusan hingga dewasa ini. Namun berkuasanya Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dibawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan, bekas perdana menteri yang kini menjadi Presiden Turki, memutarbalik pelbagai undang-undang yang di terapkan oleh Ataturk. Erdogan kembali membumikan Islam di Turki.
Berikut 7 langkah Erdogan mengembalikan kejayaan Islam di Turki:
1. Pembangunan Ribuan Masjid
Camlica-mosque
Menurut (The Atlantic), kira-kira 17 ribu masjid baru telah dibina oleh kerajaan Turki antara tahun 2002 hingga tahun 2013. Selain itu banyak masjid lain yang saat ini sedang dibangunkan di seluruh Turki, sejumlah masjid peninggalan era Ottoman juga tengah diperbaiki.
2. Larangan Pemakaian Hijab Dihapuskan
Hijab dilarang digunakan di sektor awam. Para guru, peguam, ahli parlimen dan setiap perempuan yang bekerja di lembaga-lembaga negara, dilarang memakainya. Dalam beberapa tahun terakhir, AKP menghapuskan larangan pemakaian hijab di sekolah-sekolah dan pelbagai institusi negara. Pada bulan November 2015, seorang hakim perempuan menggunakan hijab untuk pertama kalinya sepanjang sejarah (Al Arabiya).
Pada bulan Ogos 2015, Aysen Gurcan menjadi menteri yang pertama kali menggunakan hijab (Al Arabiya).
3. Satu Juta Pelajar Tersenarai di Sekolah Imam Hatip
imam-hatip
Imam Hatip Lisesi, atau sekolah Imam Hatip adalah sebuah institusi pendidikan yang direka untuk memberikan pendidikan agama dan melatih calon imam-imam di Turki. Kerajaan Turki menunjuk masjid-masjid agar menghantar calon imam-imamnya, untuk dilatih di sekolah itu. Sekolah Imam Hatip ditubuhkan selepas kewujudan madrasah dilarang dibawah kepimpinan reformasi Ataturk.
Pada tahun 2002, sejumlah 65 ribu pelajar belajar di sekolah Imam Hatip. Jumlah tersebut meningkat menjadi 658 ribu pada tahun 2013. Bilal Erdogan, anak ketiga daripada Recep Tayip Erdogan, yang merupakan tokoh utama di sebalik kemajuan sekolah itu, baru-baru ini mengumumkan bahawa jumlah pelajar telah mencapai satu juta (The Turkey Analyst).
baca juga: Bagaimana Ataturk Tukar Turki Menjadi Negara sekular.
4. Wajib Belajar Pendidikan Agama Diperkenalkan
Kerajaan Turki telah mengintruksikan sekolah-sekolah untuk memperkenalkan wajib belajar pendidikan agama. Kursus mengenai "peri hidup Nabi Muhammad," dan "Al-Qur'an" juga diperkenalkan (The Turkey Analyst).
Erdogan berkata:
"Kami hendak membangkitkan pemuda-pemudi agama,"
"Adakah anda mengharapkan AKP akan meningkatkan generasi Ateis? Ya mungkin itu tujuan perniagaan anda, misi anda, tetapi itu bukan matlamat kami. Kami akan meningkatkan generasi konservatif dan demokratik yang merangkul nilai-nilai dan prinsip-prinsip bangsa. "
5. Had Umur untuk Belajar Al-Qur'an Dipadam
Turki menghapuskan peraturan di mana anak-anak harus berusia sekurang-kurangnya 12 tahun, untuk mempelajari Al-Qur'an. Pada tahun 2013 Turki melancarkan sebuah program, di mana anak-anak prasekolah diperkenalkan dan diajarkan Al-Qur'an (The Turkey Analyst).
6. Sekatan Jualan dan Iklan Alkohol
alcohol
Turki sekular menghalalkan penjualan alkohol di negara itu. AKP pada tahun 2013 mengintruksikan larangan iklan dan penjualan alkohol dengan jarak radius 100 meter dari masjid dan atau sekolah.
Setiap iklan, penggambaran mahupun filem yang terafiliasi dengan alkohol, wajib disamarkan penayangannya (Reuters).
Asrama mahasiswa, lembaga kesihatan, kelab sukan, institusi pendidikan dan SPBU dilarang menjual alkohol, di tempat-tempat yang menjual alkohol dilarang untuk menjual produk tersebut diatas jam 10 malam (Hurriyet Daily News).
7. Pengembangan Perbankan Islam (Bank Syariah)
Ziraat-erdogan
Perbankan Islam mengalami pertumbuhan ketara dalam beberapa tahun terakhir. Ziraat Islamic Bank, bank syariah milik kerajaan Turki mempunyai rancangan membuka cawangan sebanyak 170 pejabat cawangan hingga tahun 2018 (Daily Sabah)
Dalam ucapannya baru-baru ini, Erdogan mengatakan bahawa sistem perbankan berasaskan bunga sangat kejam. Ia kemudian berbicara banyak mengenai manfaat perbankan syariah:
"Jika kita ingin melompat jauh ke masa depan, kita perlu penyertaan sebenar dalam membuat sistem perbankan yang lebih baik daripada sistem perbankan kejam itu. Perbankan syariah adalah sistem yang sama sekali berbeza dengan sistem perbankan saat ini, baik dalam hal struktur cagaran aset, pergantungan pada risiko saham, dan struktur spekulasi tertutup. Saya percaya bahawa sistem ini akan menjadi kekuatan yang mendorong ekonomi Turki. "
sumber islampos.com
Comments