Ramadhan secara bahasa berasal dari kata ramidha, yarmadhu, ramadhan yang artinya terik, sangat panas, atau terbakar (pembakaran). Jika pengertian ini dipegang bererti Ramadhan dapat diertikan sebagai pembakaran, peleburan, atau penghapusan sesuatu.
Adapun sesuatu yang dibakar bisa dua kemungkinan. Pertama, yang dibakar biasanya adalah sesuatu yang kotor; seperti sampah yang berserakan di pelataran rumah, yang setelah dikumpulkan lalu dibakar. Biasanya, selepas itu pelataran rumah menjadi bersih. Atau kemungkinan kedua, sesuatu yang dibakar biasanya benda seperti besi. Oleh si tukang besi, besi dipanaskan lalu dibakar, besi dan memuai dan selepas itu mudah baginya untuk membentuk dan mencipta apa pun mengikut seleranya. Bisa jadi pisau, keris, pedang, atau yang lain.
Ramadhan dengan erti pembakaran, itu bererti yang kotor-kotor dari diri kita harus dibakar. Hidup kita kotor kerana dosa dan maksiat yang tumpuk-menumpuk. Pelataran kehidupan pun seperti dipenuhi oleh sampah-sampah kesalahan yang berserakan sehingga mengakibatkan ketidakselesaan dalam hidup. Ramadhan datang, bererti peluang terbesar buat kita untuk membakar semua bentuk kesalahan dan dosa sehingga kehidupan menjadi bersih dan selesa. Bahkan, dari proses pembakaran pada Ramadhan ini akhirnya boleh membentuk dan mencipta diri kita sesuai selera kebaikan, iaitu insan yang bertakwa. (Surah al-Baqarah [2]: 183).
Kerana itu, Ramadhan terbaik adalah Ramadhan yang mampu memuaskan diri tidak sebatas menahan lapar, haus, dan berahi, tapi memuaskan segala sesuatu demi satu hal, iaitu lahir dan terbentuk manusia yang bertakwa. Saatnya, kita pindahkan dari puasa seremoni menuju puasa yang hakiki.
Puasa seremoni adalah puasa yang hanya mengejar fikih, asal tidak membatalkan puasa, seperti makan minum atau berhubungan suami isteri pada siang hari. Memang tidak makan dan minum pada siang hari. Juga tidak tidur dengan suami atau isteri pada-jam selepas imsak hingga Maghrib, tapi perbuatan-perbuatan yang melanggar norma dan kaedah dan secara agama tidak diindahkan. Perbuatan-perbuatan, seperti rafats (berkata lucah atau porno), fusuq (fasiq seperti berkata atau bersumpah tidak sesuai fakta), dan jidal (mencaci maki, memfitnah, dan bergunjing atau bergosip), sama sekali tidak dipuasakan.
Dalam hal itulah, Rasulullah SAW memberikan amaran terhadap umat Islam. "Banyak orang yang puasa, mereka tidak mendapat apa-apa melainkan hanya rasa lapar dan haus." (HR Bukhari). Lebih tegas, Rasul SAW menyebutkan bahawa Allah sama sekali tidak berhajat kepada usaha menahan rasa lapar dan haus seseorang, bila dia tidak meninggalkan perkataan bohong, perbuatan nista, dan tindakan kejahilan.
Kerana itu, saatnya kita bakar semua dosa dan maksiat kita dengan berpuasa yang benar sesuai tuntunan syariat Allah dan Rasulullah. Semoga kita mampu memaknai Ramadhan tahun ini dengan betul.
Oleh Ustadz Muhammad Arifin Ilham
Comments