Nasib Penghina Nabi Muhammad

Seorang warga Kuwait yang dituduh menghina Nabi Muhammad di Twitter, diserang oleh sesama banduan di penjara dan menderita kecerderaan, Kementerian Dalam Negeri Kuwait menyatakan Khamis (19/4).

Sebelumnya pemerintah Kuwait menangkap seorang lelaki bulan lalu, dengan tuduhan menghina Islam, Nabi Muhammad, para sahabat dan isterinya di laman Twitter dalam sebuah kes yang telah menyebabkan kegemparan di negara Teluk kecil Arab tersebut.

Lelaki penghina Nabi tersebut mengalami "luka ringan" dalam pertengkaran di penjara, Kementerian Dalam Negeri mengatakan dalam sebuah pernyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita KUNA. Laporan dari agensi berita KUNA tidak memberikan butiran lebih lanjut.

Surat kabar Al-Rai mengatakan dalam mesej SMS bahawa lelaki penghina Nabi tersebut dibawa ke rumah sakit penjara segera setelah digebukin oleh sesama tahanan.

Pihak berkuasa belum memberikan nama lelaki itu, tetapi peguamnya telah mengenalpasti dia sebagai Hamad al-Naqi dari minoriti Syiah Kuwait, dan membenarkan laporan media tempatan.

Menghina Nabi dan Islam adalah tindakan haram di Kuwait dan boleh dihukum penjara. Namun anggota parlimen Kuwait baru-baru ini memberikan suara menyokong pindaan undang-undang yang boleh menghukum mati orang yang menghina Islam, Nabi Muhammad, sahabat dan isterinya

sumber dari eramuslim.com

Comments