Sunday, August 7, 2011

Al-Quran dan Sains : Indera Pendengaran dan Kesannya Terhadap Tidur

Al-Quran dan Sains (15): Indera Pendengaran dan Efeknya Terhadap Tidur

Panca indera merupakan instrumen penting bagi manusia dalam berinteraksi dengan lingkungan sekitarnya. Namun antara satu deria dengan indera yang lain terdapat perbezaan, dilihat dari sisi mana yang paling penting bagi manusia dalam interaksinya. Ketika salah satu alat indera hilang, maka terdapat dua kemungkinan.

Pertama, pengaruhnya selain berkaitan dengan fungsi indera yang hilang tersebut, juga mempunyai pengaruh terhadap fungsi indera yang lain. Yang kedua, pengaruhnya hanya berkaitan dengan fungsi indera yang hilang tersebut dan tidak berpengaruh terhadap fungsi indera yang lain.

Panca indera manusia, sebagaimana yang kita ketahui termasuk lima indera, iaitu, penglihatan, pendengaran, penciuaman, peraba dan perasa. Untuk masing-masing indera terdapat sel-sel deria khas yang bertanggungjawab untuk membawa pengaruh yang datang dari luar tubuh ke pusat syarat yang terdapat di dalam otak-melalui sel-sel perantara-sehingga pengaruh yang datang itu boleh cepat direspon.


Kelima indera yang dimiliki manusia ini perlu bekerja secara padu dalam menjalankan fungsinya masing-masing sehingga manfaat dari panca indera ini boleh dicapai secara sempurna. Dan jika salah satu daripada kelima indera ini kehilangan fungsinya, maka kesempurnaan deria ini tidak dapat dicapai.

Ciri yang menandakan bahawa suatu alat deria tidak boleh berfungsi secara sempurna, dapat diketahui secara langsung dengan memerhatikan tahap kelajuan respon yang diberikan otak atas pengaruh yang sampai kepadanya. Kelambatan respon ini, kadang-kadang boleh membawa akibat yang boleh membahayakan manusia.

Dalam kes tertentu yang terjadi pada belbagai jenis makhluk hidup, disfungsi yang terjadi pada alat indranya, boleh mengakibatkan makhluk tersebut 'tertidur' dalam beberapa masa yang boleh mencapai 100 tahun, sebagaimana yang terjadi pada serangga. Dan juga boleh menimpa manusia, cuma dalam hitungan waktu yang lebih sedikit. Iaitu yang disebut dengan 'tidur' (naum).

Berkaitan dengan fenomena 'tidur', beberapa saintis telah melakukan kajian guna memahami mekanisme dan pengaruh alat deria yang dimilikinya terhadap aktiviti 'rehat' ini.

Salah satu kesimpulan dari penelitan-kajian itu menyatakan bahawa deria pendengaran mempunyai pengaruh yang besar, kaitannya dengan aktiviti tidur pelbagai makhluk hidup. Yang kami maksud dengan indera pendengaran ini, adalah bahagian organ tubuh yang berinteraksi dengan bunyi-bunyian dan suara yang berfungsi untuk mengubah suara-suara tersebut menjadi getaran elektrik yang boleh direspon oleh pusat saraf pendengaran yang terdapat di dalam otak.

Berdasarkan hasil penelitian, ditemukan juga, bahawa aktiviti tidur sukar, jika alat deria pendengaran yang dimiliki makhluk hidup tersebut masih aktif dalam menerima dan membawa isyarat suara yang diterimanya serta dalam meresponnya. Adapun jika kedua-dua fungsi atau salah satunya menurun, maka aktiviti tidur, relatif mudah dilakukan.

Kesimpulan ini tidak bertentangan dengan fungsi indera pendengaran yang dimiliki sebahagian makhluk yang tidak tahan terhadap sinar (Allaa Dhou-iyyah) dan mempunyai kebiasaan untuk hidup dalam kegelapan. Kerana pada dasarnya, aktiviti-aktiviti 'tidur' jenis makhluk ini, sama dengan tidurnya jenis makhluk lain (adh-Dou-iyyah), walaupun berbeza dalam mekanismenya dan dalam fungsi penghantaran isyarat suara dan responnya.

Pada sebahagian makhluk hidup, indera pendengaran ini merupakan alat deria terpenting dalam dinamika kehidupannya, yang dengannya ia dapat cepat bertindak balas setiap pengaruh yang datang dari luar tubuhnya sesuai lingkungannya masing-masing. Dengan perbezaan tertentu antara satu jenis makhluk dengan jenis makhluk lain dan antara makhluk sejenis.

Selanjutnya, jika kita telah mengetahui peranan penting yang dimiliki oleh indera pendengaran ini dan pengaruhnya terhadap aktiviti 'tidur', sesuai dengan hasil penelitian di bidang anatomi tubuh dan fungsinya, maka kita dapatkan Al-Quran, sejak 14 abad yang lalu telah memberikan petunjuknya, berkaitan dengan hal ini, iaitu pada surah Al-Kahfi ayat 11. Allah SWT berfirman: "Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu."

Ayat di atas memberikan isyarat akan peranan penting yang dimainkan oleh indera pendengaran, kaitannya dengan aktiviti tidur. Bahkan jika kita mahu memerhatikan maksud ayat ini lebih jauh lagi, kita akan mendapatkan bahawa ayat di atas, memberi petunjuk tentang teknik membuat manusia kehilangan kesedarannya akan lingkungan yang mengelilinginya, iaitu dengan melakukan isolasi pada bahagian tengah telinga. Hal ini sebagaimana dalam pilihan kata pada ayat diatas yang menggunakan kata 'ala aadzaanihim', tidak dengan menggunakan kata 'fii aadzaanihim'.


Oleh: DR Abdul Basith Jamal & DR Daliya Shadiq Jamal



0 Responses to “Al-Quran dan Sains : Indera Pendengaran dan Kesannya Terhadap Tidur”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :detikislamblog@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam