Thursday, July 4, 2013

Dua gol dijaringkan pemain ini ketika Brazil menentang Sepanyol adalah seorang Islam

Jika anda menonton perlawanan Piala Konfederasi antara Sepanyol dan Brazil iaitu kemenangan memihak kepada pasukan elit bola sepak dunia iaitu Brazil, ada seorang pemain bernama Fred yang menarik perhatian. Beliau telah menyumbang dua daripada tiga gol Brazil ke gawang Sepanyol. Tapi selain itu, tidak ramai yang tahu bahawa Fred adalah seorang beragama Islam.

Fred dilahirkan di Teofilo Otoni, Minas Gerais Brazil pada 3 Oktober 1983. Pada tahun 2005, Fred berpindah ke Eropah dari Brazil. Beliau bermain untuk  Olympique Lyon setelah berpindah dari kelab asalnya Cruzeiro, kelab bola sepak Brazil.

Tahun 2008/2009 berakhir, dia meninggalkan Lyon dan bermain untuk Fluminense di Brazil. Namun selama empat tahun lebih berada di Lyon yang ramai dihuni pendatang Muslim, membuat Fred banyak berhubung dengan orang Islam.

Walau sehingga kini tidak pernah diketahui sejak bila Fred masuk Islam.   Identitinya terdedah ketika dia menghasilkan satu gol dalam Piala Dunia 2006 di Jerman.
Dalam perlawanan ketika menentang Australia, Brazil menang 2-0. Fred menjaringkan gol dalam perlawanan itu dan ketika itu dia meraikan kemenangan dengan melakukan sujud syukur di atas padang.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

6 Responses to “Dua gol dijaringkan pemain ini ketika Brazil menentang Sepanyol adalah seorang Islam”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam