Inilah makanan istimewa Ramadan di Mekah dan Madinah

Mekah

Beriklim panas kering, adat masyarakat di mekah telah menyekat pelbagai jenis makanan. Namun, secara beransur-ansur mulai berubah ketika ramai jemaah yang datang dari pelbagai negara di seluruh dunia. Masing-masing mempunyai hidangan tradisional mereka tersendiri dan secara tidak langsung  memperkenalkan pelbagai masakan kepada masyarakat Makkah.

Ketika ini banyak negara terutama dari Afrika dan Asia tinggal dan bekerja di Mekah. Banyak restoran dan warung makanan telah tumbuh di seluruh bandar dengan selera yang pelbagai. Sebahagian besar hidangan mengandungi daging, beras, gandum, sayur-sayuran dan rempah ratus dengan resipi dan rasa khas.

Sambousek (jenis-jenis kuih yang bergoreng), al-Mandi (kambing panggang), Shawarma dan Soubiya (minuman gandum dicampur dengan gula, susu, dan kayu manis) adalah beberapa makanan kegemaran masyarakat Mekah pada masa bulan Ramadhan.

Ada Tradisi khusus masyarakat Mekah pada malam Ramadhan iaitu minum Kopi Arab. Kopi Arab sering dihidangkan oleh semua kedai yang menjual daging panggang. Biasanya penyediaan kopi ini bermula dengan menyejukkan dan menggiling biji kopi. Selepas itu air mendidih dituangkan dan kemudiannya disajikan dengan kurma segar. Perlu disebutkan di sini bahawa lelaki dan wanita duduk berasingan semasa mereka duduk menikmati kopi bersama dengan rakan-rakan atau keluarga.
dates
Madinah

Berkat kebun Kurma dan sayur-sayuran yang banyak, Madinah mempunyai bekalan makanan melimpah sejak dari zaman kuno.

Hal ini menjadikan Madinah sebuah kota yang unik dan berbeza dengan wilayah Al-Hijaz di mana ramai penduduknya menderita akibat kemarau. Kurma menjadi komoditi perdagangan bagi penduduk Madinah pada waktu itu.

Mereka menjual Kurma untuk kafilah yang melalui sepanjang laluan komersial dari bahagian selatan Semenanjung Arab.

Pada masa sekarang ini kira-kira 120 jenis kurma telah ditanam di Madinah. `Ajwa adalah salah satu jenis kurma yang paling popular. Kurma adalah bahan utama dalam kebanyakan makanan pencuci mulut.

Salah satu makanan penutup seperti yang terkenal di Madinah adalah kuih panggang yang disebut "Souiyka" yang dibuat dari Kurma Ajwa dan tepung gandum.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Comments