Siapa yang kuasai Palestine akan kuasai dunia?

Palestina Jantung Dunia ? Siapa Yang Kuasai Palestina akan Kuasai Dunia ?
Hal ini boleh ditemui dalam teori geopolitik bernama The Heartland Theory. Teori geopolitik ini dikemukakan oleh seorang pakar geopolitik British bernama Sir Halford Mackinder (1861-1947), namun dipopularkan oleh seorang Profesor Yahudi-Jerman, guru kepada Adolf Hitler bernama Karl Haushofer.

Karl Ernst Haushofer lahir di Munich pada 27 Ogos 1869. Anak kepada pasangan Max Haushofer, seorang ahli ekonomi dan Frau Adele Haushofer. Lulusan dari sekolah tinggi, Karl mula mendaftar sebagai tentera dengan menamatkan pendidikan di Lembaga Pendidikan Ketenteraan Bavaria (Kriegschule) iaitu Akademi Artileri (Artillerieschule) dan Bavarian War Academy (Kriegsakademie). Tahun 1896 Karl berkahwin dengan Martha Mayer Doss juga seorang Yahudi.

Haushofer meneruskan pendidikannya hingga menjadi pegawai tinggi dan berkhidmat di Angkatan Perang Kerajaan Jerman dan kerjayanya melonjak hingga menduduki jawatan sebagai Staff Corp pada tahun 1899. Pada tahun 1903, Karl Haushofer dilantik untuk menjadi tenaga pengajar di Bavarian Kriegsakademie.

Tahun 1908, Haushofer dihantar ke Jepun untuk mempelajari sistem ketenteraan di negera Matahari Terbit itu. Di Jepun, Haushofer juga dilantik menjadi pengajar rejimen artileri tentera Nippon. Bermula dengan bahasa Jepun, Haushofer yang menguasai banyak bahasa asing selain Jerman seperti Inggeris, Perancis, dan Rusia dan juga ditugaskan melawat ke beberapa negara Timur Jauh seperti Korea, India, Tibet, China, dan lain-lain.

Sepanjang bertugas di Timur Jauh inilah,beliau membuat penyrlidikan dan  Haushofer yang sememangnya telah lama tertarik dengan ajaran-ajaran mistik-paganisme. Dia juga menterjemahkan beberapa bahasa Budhisme dan Hindu. Menurut beberapa penyelidik, minat Haushofer terhadap ajaran mistik-esoteris ada sebabnya. Keluarganya dipercayai ada latar belakang dengan hal-hal seperti ini. Haushofer merupakan salah seorang tokoh dari sebuah persaudaraan mistik iaitu pemuja syaitan (Kabbalah).

Teori Heartland

Heartland (jantung bumi) merupakan sebutan bagi wilayah Asia Tengah dan World Island merujuk pada kawasan Timur Tengah. Kedua kawasan itu merupakan kawasan yang kaya dengan minyak dan juga gas. Nicholas Spykman seorang sarjana Amerika, menambah teori ini dengan mengatakan, "Siapa pun yang boleh menguasai World Island, maka dia menguasai dunia." Yang dimaksudkan dengan jantung dunia adalah Palestin, sebuah wilayah sangat strategik dan mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi. Sebab itu, sejak zaman kuno lagi Palestin sudah menjadi rebutan oleh pelbagai bangsa. (Di Milenium ketiga, teori ini dianut oleh Rumah Putih sehingga Bush bercita-cita tinggi untuk menguasai Afghanistan, Iraq, dan negera-negera sekitarnya).

Haushofer dikenali ramai dikalangan pegawai-pegawai Jerman. Dia merupakan kawan akrab dengan dua tokoh Nazi Adolf Hitler dan setiausaha kepada Hitler, Rudolf Hess. Hess adalah orang yang menulis Mein Kampf ketika dipenjara bersama Hitler, sebelum dia menjadi ikon Nazi. Haushofer menyampaikan teori geopolitik dan juga teori bangsa unggul bangsa Arya kepada Hitler. Buku karangan Hitler yang dibantu Hess berjudul "Mein Kampf" (Perjuanganku, 1926) buku ini menjadi buku suci Parti Nazi dengan berlatar belakangkan teori yang dikemukakan Haushofer. Menurut Haushofer, bangsa Jerman boleh menjadi bangsa terkuat di dunia, maka bangsa Arya harus memurnikan dirinya dan menyingkirkan semua orang Jerman yang bukan berasal dari bangsa ini. Teori Charles Darwin dan Yahudi juga dikemukakan oleh Haushofer sehingga Adolf Hitler menjadi semakin jatuh dalam pengaruhnya.

Berkat pengaruh dari Haushofer inilah, ketika Nazi berkuasa, maka dilakukan pemurnian bangsa Arya secara besar-besaran. Semua orang Jerman yang bukan berasal dari bangsa ini dikeja dan dibunuh. Orang Yahudi yang ramai mendiami wilayah Jerman menjadi sasaran utama. Masa lalu Hitler yang mempunyai hubungan yang buruk dengan orang Yahudi menambah kebenciannya terhadap bangsa tersebut. Secara diam-diam Haushofer memprovokasi Hitler agar terus mengejar dan mengusir orang-orang Yahudi dari Jerman dan kawasan sekitarnya.

Haushofer yang Zionis-Yahudi memprovokasi Hitler agar melakukan pengejaran terhadap Yahudi Eropah. Ini seperti oren makan oren. Yahudi megarah orang lain agar membunuh Yahudi yang lain.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber fiqhislam.com 
Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Comments

Anonymous said…
"Siapa yang menguasai Baitulmaqdis,dia aksn menguasai dunia"
-Salahuddin Al-Ayubi-
FaryshaRyzal said…
yeke...x thu pun...
Othman Draman said…
Besnis produk kesihatan myherb2u
Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900
http://www.healthbuilders.com.my/
othmandraman@yahoo.com
http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
http://www.dnaglobal2u.com/
http://www.iphytoscience.com/
http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u
http://www.youtube.com/watch?v=JSOi1e3ethM
https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0&bav=on.2%2Cor.r_cp.r_qf.&bvm=bv.50952593%2Cd.bmk%2Cpv.xjs.s.en_US.epv7Gxs5zsU.O&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=JrwTUt6VB4K4rAeI-YHQDA
Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia
Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan
Kursus motivasi besnis disediakan
Stokis/pegedar diperlukan
Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan
Rumah dijual diSubang Suria,Shah Alam
Kelas mengaji Al Quran disediakan
Welcome to Health Builders (M) Sdn.
www.healthbuilders.com.my
Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Sent from my iPhone