Tuesday, July 30, 2013

Pandangan tegas Imam Syafie terhadap Syiah


Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin. Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah. Imam Syafie juga tergolong dalam jalur keluarga Rasulullah, dia termasuk dalam Bani Mutalib iaitu keturunan dari al-Mthalib, saudara dari Hasyim yang merupakan datuk Muhammad.

Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu. Ketika berumur 20 tahun, Imam Syafie pergi ke Madinah untuk berguru dengan ulama besar ketika itu, Imam Malik. Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.


Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.

Imam Syafie sebagai ulama sunni mempunyai pandangan yang tegas terhadap Syiah. Berikut beberapa di antaranya:

1. Dari Yunus bin Abdila'la, beliau berkata: Saya telah mendengar asy-Syafie, apabila disebut nama Syiah Rafidhah, maka dia mencelanya dengan sangat keras, dan berkata: "Kelompok terjelek! (Terbodoh) ". (Al-Manaqib, karya al-Baihaqiy, 1/468. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)

2. Al-Imam Asy-Syafie berkata: "Saya belum melihat seorang pun yang paling banyak bersaksi / bersumpah palsu (berdusta) dari Syiah Rafidhah." (Adabus Syafi'i, m / s. 187, al-Manaqib karya al-Baihaqiy, 1/468 dan Sunan al-Kubra, 10/208. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)

3. Al-Buwaitiy (murid Imam Syafie)  bertanya kepada Imam Syafie, "Bolehkah aku solat di belakang orang Syiah?" Imam Syafie berkata, "Jangan solat di belakang orang Syiah, orang Qadariyyah, dan orang Murji'ah "Lalu Al-Buwaitiy bertanya tentang sifat-sifat mereka, Lalu Imam Syafie menyifatkan," Siapa saja yang mengatakan Abu Bakar dan Umar bukan imam, maka dia Syiah ". (Siyar A'lam Al-Nubala 10/31)

4. Asy-Syafie berkata tentang seorang Syiah Rafidhah yang ikut berperang: "Tidak diberi sedikit pun dari harta rampasan perang, kerana Allah menyampaikan ayat fa'i (harta rampasan perang), kemudian menyatakan: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami". (Surah al-Hasyr, 59: 10) maka barang siapa yang tidak menyatakan demikian, tentunya tidak berhak (mendapatkan bahagian fa'i). "(At-Thabaqat, 2/117. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al- aqidah, 2/487)

5. Imam as-Subki Rahimahullah berkata, 'Aku melihat di dalam al-Muhith dari kitab-kitab Hanafiah, dari Muhammad (bin Idris as-Syafi'i) bahawa tidak boleh solat di belakang Rafidhah.' (Fatawa as-Subki (II / 576), lihat juga Ushulud Din (342).

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com (pandangan yang tegas terhadap Syiah) & disusun dari pelbagai sumber.

6 Responses to “Pandangan tegas Imam Syafie terhadap Syiah”

  • Sebegitunya yaaa
  • Admin saya 100% tidak percaya artikel di atas..

    saya tidak percaya imam Asy-Syafie menjelek2 orang syiah seperti kutipan di atas, menurut saya itu semua bohong dan fitnah..

    admin anda jangan suka memyebarkan kebohongan dan kebenciaan..

    setahu saya Imam kita Asy -Syafie adalah Imam yang berakhlak baik jadi tidak mungkin memjelek2kan seuatu kaum, apalagi menjelek2an kaum muslimin sendiri..

    syiah atau suni apalah artinya jika kedua nya menjadi jurang pemisah antara kaum muslimin..

    admin anda itu suni atau anda itu syiah, menurut saya alangkah rugi na jika diri kita mengolongkan suni atau syiah..

    kalo kita itu muslim, seharus na Imam kita itu satu dam sama cuma Nabi Muhammad Saw, dan golongan kita juga satu agama Islam.. dan jangan ada lagi suni atau syaih atau yang lainnya, cuma islam golongan kita dan menjadikan kita semua saudara..

  • August 4, 2013 at 10:11 PM
    Saya juga x percaya imam syafei berkata begitu
  • August 9, 2013 at 8:37 AM
    “Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah karena baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW yaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah karena saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.
  • August 11, 2013 at 6:34 PM
    Cinta kepada keluarga rasullulah kenapa mesti menghina saidatina Aisyah... ???? Menghina sahabat2 nabi muhammad saw???? Mengapa?????? Jelas ayat alquran menjelaskan isteri2 nabi adalah ahlul bait... firman Allah tau... dlm hadis nabi muhammad saw sendiri berpesan jgnlah sesekalu enkau mencela sahabatku... semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada mu...
  • November 26, 2013 at 4:23 PM
    Nak bersatu kaum muslimin tapi lihat sendiri di Iran, Iraq dan Syria, bila kaum Syiah naik, abes semua org-org muslimin Sunni dibunuh dgn kejam, zalim.. Apakah masih nak bersatu, sedangkan kitab-kitab pegangan pun berbeza-beza, bukan saja syariat tetapi aqidah juga.. Perlu ke menghina sahabat2 dan isteri2 Nabi..?!

    Org Sunni sayang semua sahabat bersama-sama Nabi malah isteri2 Nabi SAW, tapi Syiah bukan sekadar benci malah menghina caci maki lg.. apakah hendak bersatu sdgkan mslah ini jurangnya jauh sgt..?!

    Org-org Syiah ibarat duri dalam daging kpd agama Islam.. bukan nk nyala api permusuhan tetapi sejarah akan berulang lgi.. kerana kemaruk cinta dunia dan bertuhankan hawa nafsu syaitan.. Sesuai sgt lah mereka ni WAJIB berTAQIYYAH (berdusta termasuk dlm ilmu agama Islam yg murni).. Sedih..
  • Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

    Back To Top
    Profile Picture
    ©1433 Hakcipta Tak Terpelihara 2010
    Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
    E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam