Jika anda menonton perlawanan Piala Konfederasi antara Sepanyol dan Brazil iaitu kemenangan memihak kepada pasukan elit bola sepak dunia iaitu Brazil, ada seorang pemain bernama Fred yang menarik perhatian. Beliau telah menyumbang dua daripada tiga gol Brazil ke gawang Sepanyol. Tapi selain itu, tidak ramai yang tahu bahawa Fred adalah seorang beragama Islam.
Fred dilahirkan di Teofilo Otoni, Minas Gerais Brazil pada 3 Oktober 1983. Pada tahun 2005, Fred berpindah ke Eropah dari Brazil. Beliau bermain untuk Olympique Lyon setelah berpindah dari kelab asalnya Cruzeiro, kelab bola sepak Brazil.
Tahun 2008/2009 berakhir, dia meninggalkan Lyon dan bermain untuk Fluminense di Brazil. Namun selama empat tahun lebih berada di Lyon yang ramai dihuni pendatang Muslim, membuat Fred banyak berhubung dengan orang Islam.
Walau sehingga kini tidak pernah diketahui sejak bila Fred masuk Islam. Identitinya terdedah ketika dia menghasilkan satu gol dalam Piala Dunia 2006 di Jerman.
Dalam perlawanan ketika menentang Australia, Brazil menang 2-0. Fred menjaringkan gol dalam perlawanan itu dan ketika itu dia meraikan kemenangan dengan melakukan sujud syukur di atas padang.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Comments