Monday, August 12, 2013

Nasihat Badan Penyelamat Masjid al-Aqsa untuk Barcelona FC

Badan Penyelamat Masjid al-Aqsa kesal dengan tindakan seorang pemain FC Barcelona ke tembok ratapan pada Rabu (7/8). Badan ini menyebut pemain bola sepak asal Argentina itu ke Tembok Ratapan di Jerusalem ini, sama dengan "sokongan untuk yahudisasi Palestin."

Membantah tindakan Presiden FC Barcelona Sandro Rosell, lembaga ini menghantar mesej dan berkata "Pasukan bola sepak anda melawat wilayah Palestin yang diduduki. Selain itu pasukan anda juga membuat lawatan ke tembok ratapan di dinding barat Masjid Al-Aqsa. Tindakan ini bermakna sama dengan menyokong usaha Yahudi untuk menguasai Palestin. Mempunyai peminat besar di dunia, FC Barcelona telah menyakiti para peminat Muslim atas kunjungan ini. Kami menyampaikan kegelisahan atas kunjungan pasukan anda melalui mesej ini. "

Sebagai sebahagian daripada "Tour Perdamaian," FC Barcelona datang pada minggu lalu untuk menyumbang pada proses damai Timur Tengah, dengan melawat Israel dan Palestin.

Kekecewaan umat Muslim kian bertambah, apabila bintang bintang bola sepak Barcelona yang terkenal di dunia, Lionel Messi, berdoa di Tembok Ratapan. Dia juga memakai topi yahudi untuk berdoa seperti seorang Yahudi.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Barcelona FC adalah agen Freemason dan sebagai umat Islam tidak perlu lah bersedih atas tindakan pujaan anda Lionel Messi melekat pada tembok ratapan ( Wailing Wall atau Kotel)

5 Responses to “Nasihat Badan Penyelamat Masjid al-Aqsa untuk Barcelona FC”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam