Siapakah Abu Firas berhati mulia itu? (Video: Perbualan antara lelaki tua Syiah Alawit & Mujahideen FSA)

Mungkin kematian hampir saja membayangi diri seorang tua Syiah Alawiyah ketika mengetahui Mujahidin Sunni menangkapnya di Desa Astarba, Latakia, Syria. Perasaan cemas memancar dari wajahnya ketika tahu dia sedang bersama Mujahidin Sunni.

Namun apa yang dilakukan Abu Firas seorang Mujahidin Sunni jauh di luar perkiraannya. Tidak ada penindasan, seksaan fizikal, mahupun kematian. Abu Firas tersenyum kepada si tua itu dan memberinya makanan dan tempat perlindungan. Jauh dengan nasib yang dialami ketika warga Ahlussunah menjadi tawanan tentera Syiah Bashar Assad.

"Jangan takut kami tidak akan membunuh kamu, kerana Nabi kami Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam telah menerangkan dalam agama kami jika di dalam peperangan janganlah membunuh orang tua, perempuan atau memotong pokok. Ini adalah ajaran agama kami, "kata Abu Firas.

Lantas siapakah Abu Firas, mujahidin berakhlak mulia tersebut? Setiausaha Agung Hilal Ahmar Society Indonesia, Angga Dimas Persada, yang pernah menginap sebulan di kediaman Abu Firas di Syria, menjelaskan lebih lanjut siapa Abu Firas. Berikut testimoninya kepada Islampos.com, Ahad (11/8).

Abu Firas adalah orang yang pendiam tidak banyak bercakap. Orang tidak akan menyangka bahawa Abu Firas adalah seorang komander kerana berbadan kecil, namun keberaniannya dipandang tinggi oleh kebanyakkan mujahidin di kawasan Jabal Akrod.

Abu Firas yang saya kenal adalah seorang yang tawadhu 'tidak banyak bicara dan lebih suka mendengar, hatta ketika kanak-kanak kecil berbicara beliau selalu mendengarnya. Hampir satu bulan saya menetap satu rumah dengan Abu Firas pada ramadan tahun lalu, kami bersahur dan berbuka bersama, hanya sesekali beliau bersama kerana bertugas di barisan hadapan.
Suatu ketika baru saja kami hendak berbuka, tiba-tiba datang mujahid muda melaporkan kesulitan mereka menguruskan jenazah mujahidin kerana dihujani tembakan bertalu-talu oleh tentera rejim. Seketika itu Abu Firas menghentikan santapan berbukanya dan bergegas ke lokasi. Masalah itu akhirnya dapat diselesaikan, Abu Firas memiliki kharisma tersendiri dimana para mujahidin muda seperti mendapat semangat baru jika Abu Firas ikut sama berada di barisan hadapan.

Selain itu Abu Firas juga mempunyai hati yang lembut dan mudah menitiskan air mata. Suatu ketika beliau mengimami kami solat Subuh. Beliau membaca ayat tentang jannah dan azab. Ketika itu juga dia menangis tersedu-sedu. Demikian pula ketika kami mengucapkan selamat tinggal untuk kembali ke Indonesia, beliau menangis melepas kami sambil berkata, "Jika kita tidak berjumpa lagi di dunia, kita akan berjumpa di akhirat."

Abu Firas juga banyak memahami ilmu dien, dalam satu perbincangan beliau membahas hadis-hadis akhir zaman hingga ke persoalan qira'ah Al Quran, di situ pula kami baru tahu ternyata beliau penghafal Al Quran lebih 25 juzuk. Alhamdulillah, untuk tugas kedua saya ke Syria, saya berkesempatan bersilaturrahim ke rumah beliau yang juga pernah terlibat jihad di Iraq. Saya dijamu untuk makan bersama beliau dan berfoto bersama.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Comments