Seorang wanita Mesir berada ditengah hujan peluru dan kanister

Wall Street Journal mengikuti perkemgan yang berlaku di Mesir dan menyifatkan ia sebagai pembunuhan yang kejam terhadap penunjuk perasaan di Rabi'ah al-Adawiyah dan yang menarik, Journal menyiarkan sebuah foto seorang wanita yang berdiri di bawah hujan peluru dan gas pemedih mata.

Sebuah gambar menunjukkan keberanian seorang wanita berdepan dengan hujan peluru dan gas pemedih mata dengan pasrah, dia berdiri disamping salah sebuah jentolak yang sedang meruntuhkan khemah-khemah penunjuk perasaan di Rabi'ah, sambil melaungkan dengan lantang: "Bantu kami ya Allah, kami sama sekali tidak bersenjata" .

The Wall Street Journal menyebut bahawa pihak keselamatan melancarkan serangan besar-besaran terhadap pendukung Mursi dan ketika ini jumlah korban terus meningkat. Ini menunjukkan bahawa pasukan keselamatan dan penembak tepat menggunakan peluru hidup dalam usaha menyuraikan penunjuk perasaan.

Jurnal tersebut juga menambah bahawa tentera Mesir melarang para wartawan dan media memasuki ke kawasan Rabi'ah Al-Adawiyah, padahal sebelumnya mereka berjanji untuk membenarkan para wartawan dan aktivis Hak Asasi Manusia melaporkan proses penunjuk perasaan secara aman disana. Sementara New York times melaporkan bahawa anggota polis telah menggunakan mesingan terhadap penyokong Mursi.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

Comments