Makanan serta minuman ahli Syurga dan ahli Neraka

Sebagai umat Islam wajib percaya adanya syurga dan neraka.  syurga dan neraka dijadikan Allah khas sebagai tempat pembalasan setiap manusia yang hidup di dunia ini.  Paparan kali ini memberi sedikit pengetahuan tentang jenis-jenis makanan dan minuman bagi setiap ahli syurga dan juga ahli neraka.
Syurga-Atau-Neraka
Pilihan di tangan kita
Makanan Ahli Syurga
Buah-buahan
Di dalam syurga kelak, disediakan Allah buah-buahan enak dan pelbagai jenis.  Sebagaimana Allah berfirman :
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.” (Surah Al-Tur 52:22)
Daging
Begitu juga dengan daging-daging enak yang terdiri daripada jenis-jenis burung dan haiwan lain.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.” (Surah Al-Waqi’ah 56:20-21)
Terdapat pelbagai lagi makanan di syurga yang tidak tergambar di minda kita. Siapa yang berpeluang berada di Jannah maka beruntung lah ia.
Sungai dari Arak, Madu dan Susu
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!” (Surah Muhammad 47:15)
Salsabila: Air Mata di dalam Syurga.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai “Salsabil”.” (Surah Al-Insaan 76:18)
syrga_neraka
Nikmat yang berbeza akan dirasa bagi setiap penghuni syurga dan neraka (Gambar sebagai hiasan sahaja)

Makanan Ahli Neraka
Zaqqum
Rupa zaqqum ini sangat buruk seolah-olah kepala syaitan dan berasal dari pokok yang keluar dari dasar neraka.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.” (surah Ad-Dukhaan 44:43-46)
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?. Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).  Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang. Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan. Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.  Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi – selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak. Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang.” (Surah As-Saaffaat 37:62-68)
Dari’
Pokok berduri yang tidak menggemukkan dan tidak mengenyangkan bagi setiap penghuni neraka yang memakannya.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri, Yang tidak menggemukkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.” (Surah Al-Ghaasyiyah 88:6-7)
Ghislin: Darah dan nanah.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur.” (Surah Al-Haaqqah 69:36)
Zi ghussah: Makanan yang menyumbat di kerongkong.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah Al-Muzzammil 73:13)
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir, Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya, Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.” (Surah As-Saaffaat 37:45-47)

Minuman Ahli Neraka
Hamim: Minuman yang sangat panas sehingga usus boleh terpotong.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!” (Surah Muhammad 47:15)
Ghassaq
Ghassaq ini merupakan cairan nanah yang mengalir dari kulit ahli neraka.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka)” (Surah Saad 38:57)
Sadid: Air Nanah.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Di belakangnya disediakan neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka).” (Surah Ibrahim 14:16)
Muhl: Kotoran Minyak yang menggelegak.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.” (Surah Ad-Dukhaan 44:45-46).
Marilah kita sama-sama berdoa semoga segala amal ibadat yang kita lakukan ini mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah.  Siapa yang tidak mahu nikmat syurga.  Jika kita inginkan nikmat itu, mari kita berusaha untuk mendapatkannya kelak di akhirat, sebuah negeri yang kekal abadi..
Renung-renungkan…
*Sumber dari bicarasantai.com (Makanan Serta Minuman Ahli Syurga Dan Ahli Neraka)

Comments